Resipi keluarga jadi konten Che Sayang cipta nama jadi Creator Of The Year 


  • Hiburan
  • Isnin, 12 Ogos 2024

Che Sayang dinobatkan sebagai Creator Of The Year dalam TikTok Awards Malaysia 2024.

PEMPENGARUH media sosial, Che Sayang atau nama sebenarnya, Abdul Qayyum Khalid dinobatkan sebagai Creator Of The Year dalam TikTok Awards Malaysia 2024.

Dikenali dengan siri 'Dua Minit Satu Resepi', Qayyum yang juga bekerja sebagai jurutera data berjaya menewaskan pencabar berbakat lain seperti sofyank96, sfeashraa, ryanbakery, msqiwiie, dan daddyhood.

BACA LAGI: 'Tak kisah jika tercedera', Syazwan Syahmi teringin berlakon jadi 'stuntman'

BACA LAGI: ‘Mahu jadi isteri no.2 suami saya tak?’, Mekyun geleng kepala diajak ‘bermadu’ oleh peminat

"Perasaan saya memang sebak dan ketika nama diumum sebagai pemenang, sangat terkejut.

“Sekarang pun masih tak percaya lagi sebab saya tahu calon-calon pencipta kandungan yang lain sangat hebat, sukar untuk atasi mereka,” katanya ketika ditemui selepas memenangi trofi Creator of The Year.

Mengidolakan Khairul Aming, Qayyum percaya sokongan ahli keluarga serta peminat dan kerja keras pasukannya membuahkan hasil.

“Saya cakap dengan pasukan saya, daripada kita mengalah, kita bekerja lebih keras.

“Betul orang cakap, kalau anda bermimpi dan bekerja keras akan dapat capai sesuatu dengan izin ALLAH SWT”, tambah Qayyum.

Qayyum memulakan akaun TikTok, chesayang_kitchen pada Februari 2024 dengan konten masakan yang diilhamkan pengalaman memasak serta resipi keluarga kini telah menjadi motivasi untuk berjuta-juta penonton memasak hidangan lazat dengan mudah.

WhatsApp Image 2024-08-12 at 12.27.20 (1)

Pemenang-pemenang TikTok Awards Malaysia 2024.

Anugerah gilang gemilang TikTok Awards Malaysia 2024 yang menggegarkan pentas di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) Kuala Lumpur pada 11 Ogos 2024 menampilkan Che Puan Sarimah Ibrahim dan Janna Nick sebagai pengacara utama, manakala Ain Edruce dan Ceddy Ang menggalas tanggungjawab sebagai hos karpet merah.

Membawa tema 'Realisasikan Impianmu', TikTok Awards Malaysia 2024 menampilkan dua segmen utama iaitu Pilihan Juri (Judge's Pick) dan Pilihan Peminat (People's Choice).

Kategori Creator Of The Year merupakan antara lima kategori Pilihan Peminat yang dipertandingkan dan dibuka untuk undian orang ramai sejak 25 Julai hingga Jumaat lalu.

Anugerah berprestij itu antara lain menyaksikan kemenangan bellaastillah_9 (Celebrity of The Year); agy.official – Alamak Raya Lagi Trend (Video of The Year); acaps19 (TikTok LIVE Creator of The Year) dan pinn yang (TikTok Shop Creator of the Year) bagi kategori Pilihan Peminat.

Bagi kategori Pilihan Juri, para calon dipilih berdasarkan kriteria khas dan dinilai oleh panel eksekutif yang terdiri daripada Khairul Aming, Pengurus Besar TikTok Operasi Kandungan Asia Tenggara, Angga Anugerah Putra dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian TV Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof.

WhatsApp Image 2024-08-12 at 12.39.31

Braderwheelchair merupakan pemenang anugerah baharu pada tahun ini, Changemaker Of The Year.

Kategori Pilihan Juri menyaksikan kemenangan kanafly (Entertainment Creator of the Year); yimotapir (Animation Creator of the Year); kingshahx (Gaming Creator of the Year); aminxabid (Education Creator of the Year); tang_guo12 (Food Creator of the Year); amaranas_12 (Sports Creator of the Year) dan aishahrahim07 (Beauty & Fashion Creator of the Year)

Dalam pada itu, braderwheelchair dan lokohopunohgroup menerima trofi anugerah baharu pada tahun ini, Changemaker Of The Year.

Melalui anugerah istimewa ini, TikTok berhasrat untuk mengiktiraf pencipta yang berjaya memberikan impak besar dan melangkaui batasan positif melalui kandungan yang dicipta.

Anugerah edisi kedua,TikTok Awards Malaysia 2024 dianjurkan dengan kerjasama TV3 selain dikuasakan oleh Siri HONOR 200 5G (penaja utama), The Raw Skincare (penaja bersama), TikTok Shop (rakan penaja), U Mobile 5G (rakan penaja) dan TRESemmé (rakan penaja). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram