Kerap sakit, Danial Insomniacks buang tonsil, sanggup bercuti pendek demi Belum Mulai


  • Hiburan
  • Jumaat, 09 Ogos 2024

Kumpulan Insomniacks dianggotai oleh Iqie (kanan), Danial Lee (tengah) dan Iskandar (kiri).

GARA-GARA kerap jatuh sakit, gitaris kumpulan Insomniacks, Danial Lee Hashim memutuskan untuk menjalani pembedahan pembuangan tonsil baru-baru ini.

Danial berkata, dia berdepan dengan masalah deviated septum sejak kecil iaitu keadaan di mana posisi septum menyimpang atau tidak berada tepat di tengah hidung.

"Doktor pun terkejut dan tertanya macam mana kehidupan saya selama ini. Rupanya sepanjang hidup saya ada masalah itu.

"Doktor nasihatkan buat pembedahan buang tonsil di tekak kerana saya kerap jatuh sakit. Kadangkala saya demam atau selsema," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: 'Followers' baru 100 orang, Yuna kesal Instagram sekat akaun kumpul dana amal Palestin

BACA LAGI: Lagu 'evergreen', Rindu Bayangan nyanyian Jay Jay pernah juarai carta 13 minggu berturut-turut

WhatsApp Image 2024-08-09 at 1.58.50 PM

Danial menjalani pembedahan membuang tonsil gara-gara kerap jatuh sakit.

Danial berkata, pembedahan itu perlu dibuat agar kesihatannya semakin pulih dan baik selain dapat memberikan prestasi yang bagus demi pekerjaannya.

"Kalau buat pembedahan ini akan jadi lebih sihat," katanya.

Mengikut saranan doktor, seharusnya Danial berehat selama tiga minggu selepas menerima rawatan di sebuah hospital swasta, minggu lepas.

Bagaimanapun, disebabkan Danial lebih suka bekerja, dia sudah mulai aktif dalam menyanyi semula.

"Minggu lepas semasa sepanjang di hospital, saya tak bercakap langsung tetapi tak sampai tiga minggu saya dah aktif semula.

"Sebab saya memang workaholic jadinya saya rasa tetap nak bekerja," katanya.

6172368299778752707

Kumpulan Insomniacks berduet bersama Nabila Taqiyyah dalam lagu baharu berjudul Belum Mulai.

Selain itu, mengulas soal perkembangan semasa, kumpulan Insomniacks kini sedang sibuk mempromosikan lagu terbaharunya berjudul Belum Mulai.

Melebarkan sayap ke Indonesia, kumpulan Insomniacks menerusi lagu berkenaan bakal berkolaborasi bersama penyanyi Indonesia, Nabila Taqiyyah.

"Universal Music Malaysia memang ada tulis sebuah lagu Indonesia. Jadi mereka hantar band kami ke Jakarta untuk jumpa dengan penulis lagu, Clara Riva.

"Lama-lama pun mereka pun rasa macam kena tambah suara perempuan. Jadinya penyanyi daripada Universal Music Indonesia, Nabila Taqiyyah dipilih untuk berduet bersama kami," katanya.

Kumpulan Insomniacks, Wan Arif Iskandar berkata, lagu tersebut menceritakan tentang sebuah hubungan percintaan yang terpaksa terhenti meskipun belum sempat untuk mulai.

Iskandar berkata, antara cabaran menghasilkan lagu berkenaan adalah daripada sudut bahasa.

"Sebab kali ini lagu kami keluarkan dalam berbahasa Indonesia. Jadinya cabaran itu kena praktis lebih untuk memperkemaskan lagi pertuturan dalam bahasa Indonesia," katanya.

Sebelum ini, Insomniacks terkenal dengan lagunya seperti Pulang, Igauan Malam, Reminisensi, Sempurna dan Kepala Batu.

Kumpulan Insomniacks dianggotai oleh Syed Mir Iqbal (Iqie) (gitaris dan vokalis utama); Wan Arif Iskandar (Iskandar) (bass/vokal) dan Danial Lee Hashim (Danial) (gitaris/vokal) dengan sering mencipta kejayaan menerusi lagu-lagu baharu yang mereka hasilkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram