‘Mahu jadi isteri no.2 suami saya tak?’, Mekyun geleng kepala diajak ‘bermadu’ oleh peminat


  • Hiburan
  • Ahad, 04 Ogos 2024

Ada peminat wanita mengajak Mek Yun untuk menjadi madunya.

SEORANG pempengaruh (influencer), Mek Yun tergamam apabila disapa peminat yang mengajaknya untuk menjadi madu baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Threads pada Ahad, pemilik nama sebenar Wee Yun Nee itu menceritakan kisahnya sewaktu berjumpa dengan peminat yang pada awalnya hanya mahu mengambil gambar dengannya.

"Ada seorang akak ini datang nak ambik gambar dengan Mek Yun.

"Selepas itu dia tanya dua kali nak jadi bini nombor dua suami saya tak? Nak jadi madu saya tak? sambil tunjuk dekat suami dia di hadapan anak-anak dia," katanya.

BACA LAGI: Pita suara Steven Tyler rosak kekal, konsert jelajah Aerosmith dibatalkan

BACA LAGI: [VIDEO] 'Auto berhenti dengar azan’, bapa Mek Yun hormati masuk waktu solat sejak zaman kanak-kanak

WhatsApp Image 2024-08-04 at 11.58.16 AM

Mek Yun diajak bermadu oleh seorang peminat wanita.

Bagaimanapun, gadis yang terkenal dengan kefasihan berdialek Kelantan itu hanya mampu menolak secara lembut untuk mengelak menyinggung perasaan peminatnya itu.

"Gelak sahajalah sambal geleng kepala," katanya.

Mek Yun mengakui tindakan peminatnya yang secara melulu itu membuatnya berasa takut.

"Takut," katanya dalam hantaran yang sama.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat berasa terkejut apabila wujud individu yang bertindak sebegitu.

"Adoi, soalan pun. Mengundang sungguh ya," kata Farzarazak.

"Jangan single lama-lama nanti banyak dapat offer untuk jadi madu," kata Muayfivefitness.

"Peminat perempuan itu mungkin nak ada kawan," kata Shuqster. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram