Celine Dion tak rela Trump guna 'My Heart Will Go On' dalam kempen politik


  • Hiburan
  • Isnin, 12 Ogos 2024

Celine Dion bengang apabila Donald Trump menggunakan lagu klasiknya berjudul My Heart Will Go On dalam perhimpunan kempen pilihan raya presiden. 

PIHAK pengurusan Celine Dion mengecam tindakan Donald Trump menggunakan lagu klasiknya berjudul My Heart Will Go On dalam perhimpunan kempen pilihan raya presiden.

Klip video memaparkan Dion mempersembahkan lagu dari filem Titanic tahun 1997 itu ditayangkan pada malam Jumaat dalam kempen politik yang dibuat di Bozeman, Montana, selain turut dimainkan di beberapa perhimpunan Trump sebelum ini.

Pada Sabtu, pasukan pengurusan Dion mengeluarkan kenyataan bagi pihak artis Kanada itu dan syarikat rakamannya dengan mengatakan penggunaan lagu yang memenangi Oscar berkenaan sama sekali tidak dibenarkan.

BACA LAGI: 'Tak kisah jika tercedera', Syazwan Syahmi teringin berlakon jadi 'stuntman'

BACA LAGI: Kerap sakit, Danial Insomniacks buang tonsil, sanggup bercuti pendek demi Belum Mulai

celine1 - 1

Dion sewaktu membuat persembahan di majlis pembukaan Sukan Olimpik Paris, Paris baru-baru ini.

"Biar betul, lagu itu. Penggunaan ini sama sekali tidak dibenarkan, dan Celine Dion tidak menyokong penggunaan ini atau mana-mana penggunaan serupa," katanya.

Permintaan untuk meminta calon presiden Parti Republikan, Donal Trump itu berhenti memainkan sesuatu lagu dalam perhimpunan politik yang diadakan bukanlah isu baharu memandangkan artis lain pernah berdepan perkara yang sama.

Sebelum ini, dalam acara perhimpunan pada 2016, penyanyi seperti Rolling Stones, Adele, Neil Young dan Aerosmith Steven Tyler turut meminta Trump untuk berhenti memainkan muzik mereka.

Untuk rekod, kempen politik mesti menerima lesen persembahan awam daripada organisasi seperti Broadcast Music Inc. atau American Society of Composers, Authors and Publisher bagi mematuhi undang-undang hak cipta.

Penulis lagu dan label rakaman biasanya menandatangani perjanjian pelesenan menyeluruh yang memberikan arena sukan dan tempat lain hak untuk memainkan muzik mereka.

Selepas lebih dua tahun menyepi dalam industri akibat stiff person syndrome (SPS), nama Dion kembali popular apabila membuat kemunculan semula dalam majlis pembukaan Sukan Olimpik Paris, Paris baru-baru ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram