PELAKON filem Star Wars, Daisy Ridlley baru-baru ini mendedahkan bahawa dia telah didiagnosis dengan penyakit graves atau juga dikenali sebagai penyakit mata tiroid.
Dalam satu temubual bersama Women's Health, Daisy buat pertama kali mahu mendedahkan tentang penyakitnya itu kepada umum.
"Ini kali pertama saya nak kongsi yang saya miliki penyakit graves," katanya.
BACA LAGI: Kerap sakit, Danial Insomniacks buang tonsil, sanggup bercuti pendek demi Belum Mulai
BACA LAGI: Terlepas emas sebab naik 100 gram, doktor kontinjen India perjelas berat Vinesh Phogat
Daisy Ridley memegang watak sebagai Rey dalam trilogi Star Wars.
Selain Ridley, antara selebriti lain yang pernah terkena penyakit itu adalah Missy Elliott dan Wendy Williams.
Terdapat lima fakta yang perlu diketahui tentang penyakit mata tiroid iaitu:
1. Apa puncanya?
Menurut kajian National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases (NIDDK), penyakit mata tiroid menyebabkan sistem imun tubuh seseorang terlalu mengaktifkan kelenjar tiroid yang mengakibatkan pengeluaran hormon tiroid secara berlebihan.
Pengeluaran hormon tiroid yang berlebihan menyebabkan metabolisme badan akan meningkat kerana hormon ini berfungsi untuk mengawal cara badan menggunakan tenaga.
NIDDK turut menjelaskan bahawa punca penyakit mata tiroid masih belum diketahui namun kebanyakan pakar percaya ia disebabkan oleh gabungan genetik dan adanya pencetus seperti virus.
Penyakit ini biasanya dapat didiagnosis melalui satu atau lebih jenis ujian tiroid yang berbeza.
2. Tidak konsisten
Menurut NIDDK, antara simptom penyakit mata tiroid adalah berlaku penurunan berat badan, otot terasa lemah, pergerakan usus menjadi kerap, kelenjar tiroid yang membesar, kerengsaan, penurunan berat badan, degupan jantung yang cepat dan sukar untuk tidur.
Bagaimanapun, beberapa tanda atau gejala mungkin tidak berlaku secara konsisten atau berbeza dalam intensiti.
Penyakit mata tiroid banyak menyerang golongan wanita.
3. Wanita paling terdedah
Sama seperti keadaan autoimun yang lain, golongan wanita enam kali ganda lebih banyak terkena penyakit itu berbanding golongan lelaki.
Kajian daripada Women's Health mendapati individu yang didiagnosis dengan penyakit itu berada dalam lingkungan usia di antara 20 hingga 60 tahun.
Jika tidak dirawat, penyakit mata tiroid boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur, kesukaran untuk hamil, masalah semasa dan selepas kehamilan.
4. Kulit, mata terkesan
Penyakit pada mata yang dipanggil graves' ophthalmopathy adalah komplikasi biasa bagi penyakit graves.
Selain itu, gejala bagi penyakit ini adalah mata membonjol, sensitif terhadap cahaya dan penglihatan menjadi kabur atau bengkak pada mata.
Kesan sampingan yang luar biasa bagi penyakit graves adakah penyakit kulit yang dipanggil sebagai graves dermopathy.
Menurut NIDDK, individu yang menghidap graves' dermopathy biasanya mengalami kemerahan yang mempunyai tekstur kasar pada kulit.
5. Rawatan untuk penyakit mata tiroid
Cara untuk merawat penyakit graves adalah dengan menyekat atau menurunkan jumlah hormon tiroid dalam badan.
Setelah menjalani rawatan ini, pesakit akan dipantau secara berkala untuk memastikan kadar hormon tiroid mereka berada pada tahap yang normal.
Jika hipotiroidisme terjadi, doktor akan meresapkan ubat hormon tiroid (seperti levothyroxine) untuk menjaga keseimbangan hormon dalam tubuh.
Rawatan iodin radioaktif adalah salah satu rawatan utama untuk menangani penyakit mata tiroid dan bentuk hipertiroidisme lainnya.
Namun, pilihan rawatan yang terbaik tetap bergantung pada keadaan kesihatan pesakit secara menyeluruh. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram