Terlepas emas sebab naik 100 gram, doktor kontinjen India perjelas berat Vinesh Phogat


  • Sihat
  • Khamis, 08 Ogos 2024

Phogat dibatalkan daripada menyertai final 50 kg gusti gaya bebas wanita di Sukan Olimpik Paris 2024, beberapa jam sebelum aksi bermula pada Rabu.

AHLI gusti India, Vinesh Phogat telah dibatalkan daripada menyertai acara final sukan gusti 50 kilogram (kg) gaya bebas wanita di Sukan Olimpik Paris 2024, beberapa jam sebelum aksi bermula pada Rabu, kata pegawai.

Menurut Persatuan Olimpik India (IOA), penyertaan Phogat dibatalkan kerana dia memiliki berat badan berlebihan.

Phogat didapati mempunyai berat berlebihan sebanyak 100 gram semasa ditimbang pada pagi Rabu.

BACA LAGI: Jangan sakan makan daging atau kacang soya, ramai tidak sedar miliki 9 jenis alahan boleh membawa maut

BACA LAGI: 'Doktor pun manusia biasa perlukan rehat,' keputusan kembalikan cuti bersalin 90 hari disambut baik

hVQQZvJq-720

Atlet gusti, Phogat sedih apabila tidak dapat beraksi pada sukan Olimpik Paris 2024.

Beliau sepatutnya berhadapan dengan Sarah Hildebrandt dari Amerika Syarikat untuk merebut pingat emas.

Sejak Rabu pagi, seluruh negara bersorak untuknya dan yakin dia mampu meraih kemenangan sekali gus membawa pulang emas dalam temasya tersebut.

Berita mengenai Phogat yang hilang kelayakan dalam perlawanan akhir Temasya Olimpik bukan hanya menimbulkan rasa sedih kepada dirinya malah buat seluruh negara.

Selepas masyarakat mengetahui tentang hal itu, banyak persoalan tentang berat badan diajukan orang ramai khususny peminat Phogat.

Antaranya, jika beratnya berada dalam keadaan normal dan dalam had yang dibenarkan sebelum bertanding, jadi bagaimana dia boleh mengalami pertambahan berat badan dalam masa beberapa jam?

Tampil memberi penjelasan lanjut, Ketua Perubatan Kontinjen India, Dr Dinshaw Pardiwala berkata, setiap ahli gusti menurunkan berat untuk bertarung dalam kategori berat yang lebih rendah.

Dalam kes Phogat, dia bertarung dengan berat 53 kg dengan kebanyakan peserta datangnya dalam kalangan berat semula jadi sekitar 55 kg hingga 56 kg.

Sebaik sahaja Phogat masuk ke dalam kategori 50 kg, dia terpaksa menurunkan sekurang-kurangnya 6kg sebelum setiap persaingan.

Dr Pardiwala berkata, pengurangan berat secara tiba-tiba adalah proses yang amat sukar.

Sejak hari pertama, dia mengalami pertambahan berat kira-kira 1.5 kg apabila mengambil makanan.

Meskipun cuba mengurangkan beratnya, dia tidak dapat melakukan perkara itu dalam tempoh masa yang sangat singkat.

Menurunkan berat badan secara mengejut juga tidak dibenarkan oleh pihak perubatan memandangkan perkara itu boleh mengundang masalah kesihatan kepadanya.

WhatsApp Image 2024-08-08 at 6.03.29 PM

Phogat memiliki berat berlebihan sebanyak 100 gram semasa ditimbang sebelum acara bermula.

Mengapa Phogat bertarung dalam kategori 50 kg, jika dia selalu bersaing dalam kategori 53kg?

Kali ini, ahli gusti, Antim Panghal layak dalam kategori 53 kg yang menyebabkan Phogat terpaksa mengurangkan berat badan untuk bersaing dalam kategori 50 kg.

Bagaimanapun, Antim Panghal telah dihantar pulang daripada Paris kerana akreditasinya dibatalkan setelah pelanggaran disiplin.

Adakah pemain dibenarkan konsesi dalam berat?

Dalam gusti, pertarungan dalam setiap kategori berat adalah diadakan selama dua hari.

Timbangan yang dibuat pada waktu pagi sebelum acara bermula adalah untuk memastikan ahli gusti tidak mempunyai berat badan berlebihan dalam kategori mereka.

"Jika ahli gusti gagal dalam timbangan, mereka akan hilang kelayakan," kata satu kenyataan rasmi daripada Sukan Olimpik. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram