PENYANYI Datuk Aishah mendedahkan bahawa Allahyarham Jay Jay merupakan inspirasi baginya untuk terlibat dalam bidang muzik.
Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin itu mengimbau kenangannya buat pertama kali bertemu Allahyarham iaitu ketikanya berada di tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan St. Mary Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
“Saya sempat naik ke pentas. Sewaktu itu kumpulan Carefree buat persembahan. Disebabkan perkara itu, saya dapat inspirasi untuk menjadi penyanyi dan meminati muzik.
“Kemudian kami bertemu sekali lagi dalam persembahan lain. Di situ, kami dapat tahu bahawa anak kakak arwah adalah suami kepada anak saudara saya," katanya menerusi Instagram.
BACA LAGI: Penyanyi Jay Jay hembus nafas terakhir pada usia 67 tahun
BACA LAGI: Pita suara Steven Tyler rosak kekal, konsert jelajah Aerosmith dibatalkan
Aisyah menjadikan Allahyarham Jay Jay sebagai inspirasi untuk terlibat dalam industri muzik.
Sejak kejadian itu, penyanyi lagu Bahtera Merdeka dan pelantun lagu Joget Angan Tak Sudah itu sering bertegur antara satu sama lain setiap kali berjumpa.
“Jadi, setiap kali jumpa, arwah akan menyapa saya dengan ayat 'hai sedara (saudara)'. Sekarang hanya tinggal kenangan.
"Al-Fatihah buat arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.
Penyanyi berusia 59 tahun itu juga menyifatkan pemergian Allahyarham Jay Jay yang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.27 pada Ahad sebagai berita duka.
"Perkhabaran duka pemergian seorang yang gigih dalam perjalanan seninya. Seorang sangat disenangi semua," katanya.
Untuk rekod, jenazah pemilik nama sebenar Allahyarham Mohd Fauzi Darus itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, Bandar Sunway pukul 11.15 pagi Isnin. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram