JIKA anda sering melewatkan sarapan pagi, penyelidikan saintifik terbaharu mengenai pengambilan sarapan mungkin menyebabkan anda berminat untuk mengambil tahu yang ia ada kena mengena dengan tahap kepuasan hidup.
Kajian melibatkan lebih 150,000 orang muda dari 42 negara mendapati terdapat kaitan antara pengambilan sarapan pagi dengan tahap kepuasan hidup.
Penyelidik dari Universiti Anglia Ruskin di United Kingdom (UK) dan Universidad de Las Americas di Ecuador, menunjukkan bahawa mereka yang bersarapan setiap hari melaporkan kepuasan hidup yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak mengambil sarapan pagi.
BACA LAGI: Miliki perut boroi? Amalkan 7 menu sarapan ini bantu kempiskan perut
BACA LAGI: Stres pikir pasal pointer? Ikuti 8 tip dekan di universiti, cemerlang setiap semester
Penyelidikan melaporkan skor kepuasan hidup lebih tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan remaja kerana pengambilan sarapan setiap hari. — Gambar fail
Data diambil dari kajian Tingkah Laku Kesihatan Kanak-kanak Berumur Sekolah 2017-2018, yang melibatkan kanak-kanak dan remaja berumur 10 hingga 17 tahun.
Penyelidik menganalisis peserta tentang kekerapan mereka mengambil sarapan pagi (iaitu hidangan yang banyak terdiri daripada lebih daripada segelas susu atau jus buah), dan kemudian mengukur kepuasan hidup mereka melalui skala penilaian subjektif antara 0 (kualiti hidup yang buruk) hingga 10 (kualiti hidup yang cemerlang).
Diterbitkan dalam Jurnal Pemakanan BMC, hasil kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak dan remaja yang makan sarapan pagi setiap hari mempunyai skor kepuasan hidup lebih baik berbanding mereka yang tidak makan sarapan menunjukkan skor lebih rendah.
Lee Smith, profesor kesihatan awam di Anglia Ruskin University, mengesahkan bahawa kajian berkenaan menunjukkan hubungan konsisten antara kekerapan sarapan dan kepuasan hidup, dan terdapat kajian terdahulu menunjukkan mood yang lebih rendah di kalangan mereka yang tidak makan sarapan.
Namun, kajian tersebut juga mendedahkan perbezaan antara negara.
Di Portugal, kanak-kanak yang makan sarapan setiap hari mempunyai tahap kepuasan hidup tertinggi, manakala di England, kanak-kanak yang makan sarapan setiap hari mempunyai skor kepuasan kelima terendah.
Hal tersebut mungkin dipengaruhi oleh faktor sosio-ekonomi dan budaya.
Walaupun terdapat perbezaan antara negara, hasil kajian menunjukkan secara umum, mereka yang makan sarapan pagi setiap hari melaporkan kepuasan hidup yang lebih tinggi. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram