RAMAI individu menyangka bahawa diri mereka bebas daripada sebarang penyakit.
Bagaimana, kadangkala secara tiba-tiba tubuh mereka akan berasa gatal ketika pengambilan makanan seperti makanan laut, daging, produk tenusu dan lain-lain.
Lebih parah apabila terjadinya masalah seperti bersin yang melampau, ruam atau radang.
BACA LAGI: 'Doktor pun manusia biasa perlukan rehat,' keputusan kembalikan cuti bersalin 90 hari disambut baik
Individu yang memiliki alahan kebiasaannya akan berasa gatal pada badan mereka.
Menurut pakar perubatan, Dr Zubaidi Hj Ahmad, perkara itu menandakan bahawa seseorang memiliki alahan makanan.
Tampil menjelaskan lanjut, Dr Zubaidi berkata, alahan ialah reaksi badan apabila terdedah kepada benda asing tertentu.
"Reaksi alahan ini hanya berlaku setelah sistem imuniti badan mengalami sensitif akibat pendedahan benda asing tersebut.
"Alahan ini merupakan tindak balas daya tahan yang memudaratkan terhadap protein pada alergi iaitu penyebab alahan dalam persekitaran kita," katanya menerusi Facebook.
Terdapat beberapa pemakanan yang boleh menjadi punca alahan seperti:
1. Produk tenusu
Susu haiwan mengandungi protein yang dipanggil kasein.
Apabila terjadinya alahan, ini bermakna badan seseorang tersalah kesan iaitu menganggap protein itu sebagai virus atau bakteria.
Jika anda mempunyai alahan pada susu, anda juga harus mengelak daripada beberapa jenis pemakanan.
Antaranya adalah segelintir produk tuna yang mengandungi kasein, segelintir daging yang sudah diproses mengandungi kasein, non dairy produk yang kadang-kadang mengandungi bahan-bahan susu ataupun ubat tanpa preskripsi yang mengandungi laktosa.
2. Telur
Telur merupakan makanan yang sering menjadi punca alahan kerana kandungan protein albumin yang terdapat dalam putih telur.
Seseorang harus mengelakkan daripada mengambil pemakanan yang diperbuat daripada telur jika memiliki alahan.
Antara makanan yang mengandung telur adalah seperti marshmallow, mayonis, kek, produk daging yang dibungkus atau diproses dan juga vaksin tertentu.
3. Daging
Proses memasak daging mengeluarkan banyak protein yang boleh mencetuskan alahan.
Di samping itu, daging mamalia mengandungi antibodi semula jadi yang dipanggil galactose-alpha-1 atau alpha-gal.
Apabila alpha-gal berinteraksi dengan karbohidrat, ia akan menyebabkan gejala seperti gatal-gatal di seluruh badan, ruam kulit atau sakit perut.
Jenis daging yang sering menyebabkan alahan makanan ialah daging lembu.
Walaubagaimanapun, ia tidak menolak kemungkinan bahawa daging lain seperti ayam, itik, daging babi atau kambing boleh mencetuskan alahan.
Seseorang yang mengalami alahan pada kacang boleh mendapat tindak balas yang mengancam nyawa.
4. Kacang
Seseorang yang memiliki alahan pada kacang bukan hanya miliki tindak balas ringan, malah boleh menyebabkan anafilaksis atau tindak balas yang mengancam nyawa.
Beberapa simptom termasuk penyempitan saluran pernafasan, bengkak di kerongkong sehingga sukar bernafas, kejutan tekanan darah dan juga kehilangan kesedaran.
Kacang kebiasaannya diletakkan pada aiskrim, sereal dan roti, selain pada salad, minyak kacang atau rempah masakan.
5. Makanan laut
Alahan pada makanan laut seperti sotong dan kerang adalah sesuatu hal yang biasa.
Kira-kira, terdapat sekitar satu peratus daripada keseluruhan penduduk di dunia ini memiliki alahan sebegini.
Makanan laut boleh dibahagikan kepada tiga kelas utama iaitu ikan, krustasia dan moluska.
Makanan laut daripada kumpulan krustasia dan moluska biasanya dikenali sebagai kerang-kerangan (shellfish).
Sesetengah orang yang alahan terhadap makanan laut itu tidak boleh makan atau alergi terhadap semua jenis makanan laut termasuk jenis kerang atau ikan.
Manakala, ada juga mereka yang hanya alergi kepada jenis tertentu sahaja.
6. Sayuran nightshade
Segelintir individu memiliki alahan pada sayur-sayuran terutama jenis nightshade yang mengandungi sebatian alkaloid.
Sayuran sejenis ini iaitu seperti tumbuhan belladonna tidak boleh dimakan kerana boleh membawa kepada maut.
Meskipun begitu, terdapat beberapa jenis nightshade yang boleh dimakan seperti kentang, tomato dan terong.
7. Gandum
Alahan pada gandum berlaku disebabkan oleh protein albumin, globulin, gliadin dan gluten yang terdapat dalam sumber karbohidrat kompleks itu.
Protein yang masuk ke dalam badan juga menyebabkan sistem imun menghasilkan antibodi untuk menyerangnya.
Akibatnya, gejala alahan seperti gatal-gatal atau ruam kulit makanan timbul pada badan.
Kebanyakan alahan pada gandum memberi kesan kepada kanak-kanak, namun akan hilang mengikut usia seseorang.
Individu yang memiliki alahan pada kacang soya kebiasaannya muncul kesan gatal pada sekitar mulut.
8. Kacang soya
Kebiasaannya, seseorang mengalami alahan soya sewaktu masih bayi, tetapi tindak balasnya boleh hilang ketika besar.
Bagaimanapun, ada juga individu yang terkena alahan itu sewaktu sudah dewasa.
Alahan pada soya boleh menyebabkan tindak balas yang teruk seperti muncul kesan ruam atau gatal-gatal di sekitar mulut.
Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai asma atau alahan lain, anda mungkin mengalami gejala yang lebih teruk. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram