Jangan lambat jumpa pakar terapi tingkah laku jika anak selalu ‘anxiety’


  • Sihat
  • Jumaat, 02 Ogos 2024

Kanak-kanak mungkin sukar untuk membuat kawan baharu, bercakap di dalam kelas atau meminta bantuan.

SITUASI kanak-kanak berasa cemas ada kalanya merupakan perkara biasa.

Namun, jika perasaan cemas terlalu kuat dan memerlukan bantuan, pakar mengesyorkan terapi tingkah laku kognitif.

Kajian terbaru di Mayo Clinic menunjukkan bahawa terapi pendedahan yang dilatih dan diajar oleh ibu bapa boleh menjadi lebih berkesan.

BACA LAGI: Risiko budak lelaki didiagnosis autisme, lebih 4 kali ganda berbanding perempuan — Pakar

BACA LAGI: Cemas kawan kena serangan jantung ketika bersukan? Pakar kongsi simptom dan ketahui bantuan awal

Interview Dr Raihan on the importance of early intervention for kids with delayed milestone achievements . KAMARUL ARIFFIN/TheStar

Jika perasaan cemas terlalu kuat dan memerlukan bantuan, pakar mengesyorkan terapi tingkah laku kognitif. TheStar/KAMARUL ARIFFIN

Ahli psikologi, Pusat Kanak-Kanak Klinik Mayo, Dr Stephen Whiteside berkata, terapi pendedahan membantu kanak-kanak mengatasi ketakutan mereka dengan lebih baik daripada terapi bercakap, dan biasanya memerlukan sesi yang lebih sedikit.

"Salah satu ketakutan yang paling biasa kita lihat ialah gangguan kecemasan sosial.

"Kanak-kanak ini bukan hanya pemalu, namun mereka mungkin takut orang menilai mereka jika membuat kesilapan,” kata Dr Whiteside.

Kanak-kanak ini mungkin sukar untuk membuat kawan baru, bercakap di dalam kelas atau meminta bantuan.

Mereka juga mungkin enggan menyertai aktiviti kerana terlalu malu atau takut sesuatu yang buruk akan berlaku.

Justeru, terapi pendedahan boleh membantu jika kecemasan mengganggu aktiviti dan kehidupan harian anak.

Terapi ini juga melibatkan rawatan dalam membantu anak agar belajar dan mengatasi ketakutan tidak seperti yang mereka fikirkan.

Dia berkata, anak-anak akan lebih berjaya jika mereka mempunyai seseorang untuk membantu mereka, biasanya ibu bapa. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram