Pemuzik usia 15 tahun cipta sejarah dalam Malaysia Books of Records


(Dari kiri) Hanif, Jordan, Yeoh dan Wong pada majlis penyampaian sijil. — Foto: ART CHEN/The Star

PENYANYI Jordan Ezra Au-Xavier, mencipta sejarah pada usia 15 tahun apabila tersenarai dalam Malaysian Book of Records (MBOR) sebagai rakyat Malaysia termuda mengarang dan menghasilkan album solo.

Pengiktirafan remaja itu menjadi lebih istimewa dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, dan Ketua Pegawai Eksekutif MBOR Christopher Wong, yang menyampaikan sijil MBOR di Drum Asia Live di Hartamas, Kuala Lumpur.

Turut hadir Penerbit Filem dan Komposer, Datuk Ahmad Izham Omar, Pengarah Eksekutif Bentley Music Group, Datuk Ken Phua dan isteri Datin Cathlyn Lee, pemain gitar Blues Gang, Julian Mokhtar dan bekas pemain keyboard Alleycats, Francis Khor.

BACA LAGI: Tom and Jerry jadi inspirasi pelajar SMK Seksyen 24 Shah Alam cipta nama lukis potret sampai karya 'terbang' ke Jepun

BACA LAGI: Kempunan daki gunung tertinggi bersama rakan, mayat jurutera hilang 22 tahun ditemui dalam bentuk mumia

Jordan (right) and Aiden performing at the event.

Jordan (kanan) dan Aiden membuat persembahan pada acara itu.

Jordan, yang merupakan pelajar Sekolah Antarabangsa Sri Kuala Lumpur, turut diraikan Ketua Pegawai Eksekutif institusinya, Hanif Merican.

Dia menampilkan 10 buah lagu menerusi album sulungnya Oddity in Duality yang kesemuanya digubah, dirakam, dan dipersembahkan di bilik muziknya di rumah dalam tempoh tiga bulan.

Memulakan perjalanannya dalam dunia muzik pada usia sembilan tahun, anak didik Khor itu memainkan setiap instrumen termasuk gitar, piano, bes, dram dan keyboard.

Gitar elektrik Star Wars Millennium Falcon pertama di Malaysia turut dipamerkan pada majlis tersebut. Ia dibuat oleh peminat Star Wars dan kemudiannya disampaikan kepada Jordan oleh Julian.

Gitar itu kemudiannya digunakan oleh Jordan dan kumpulannya, Motion, untuk mempersembahkan lima lagu daripada album sulungnya.

Antara ahli lain yang terlibat dalam kumpulan itu ialah Brandon Musdiono (vokalis dan pemain piano), 13, Aedric Phua, 15 (pemain dram), Aiden Neo (pemain keyboard), 15, dan Shawn Chong, 19, (pemain bass).

Jordan juga bercita-cita untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat ijazah di salah sebuah universiti terkemuka, Kolej Muzik Berklee, dalam bidang penggubahan lagu, produksi dan kejuruteraan bunyi.

"Saya mahu terus menulis lagu dan menghasilkan album," katanya.

Yeoh berkata, walaupun terdapat banyak penekanan terhadap akademik, belia Malaysia dikurniakan bakat dalam pelbagai bidang, termasuk seni.

“Kementerian saya merancang untuk mewujudkan lebih banyak peluang dan platform untuk belia mempamerkan bakat mereka,” katanya.

Oddity in Duality boleh didapati di Spotify, Apple Music, Amazon dan YouTube. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram