RAMAI peminat kenderaan custom (ubah suai) serata negara membanjiri Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor pada hujung minggu lalu untuk meraikan acara custom culture terbesar di Malaysia, Art of Speed (AOS).
Manakan tidak, acara itu menampilkan beratus-ratus koleksi kereta dan motosikal yang diubah suai dengan pelbagai rekaan menarik.
Lebih menarik, ramai tetamu komuniti custom dari Thailand, Indonesia, Brunei, Singapura, Australia dan Jepun turut 'terbang' ke Malaysia untuk menonton acara yang berlangsung buat kali ke-13 itu.
BACA LAGI: 'Tak kisah jari tercucuk jarum, janji dapat elak main gajet,' seni kait buat Azmawati terleka
Ramai pengunjung memeriahkan lagi acara Art of Speed 2024.
Antara yang hadir adalah ikon drift terkenal dunia, Daigo Saito dari Toyota Gazoo Racing; pakar permotoran Harley-Davidsons, Katsuya Tasaki; custom paint Shofy Paint Witch, Sofy Rizqi Azhari; artis yang menghasilkan poster AOS 2024, Makoto dan banyak lagi.
Makoto berkata, dia teruja mampu datang ke Malaysia semula selepas sudah lima tahun tidak menjejakkan kaki ke negara ini.
"Saya rasa sangat seronok mampu buka booth di AOS 2024.
"Saya suka culture negara ini selain ramai pengunjung yang datang untuk mendapatkan sign custom," katanya kepada Majoriti.
Makoto merupakan pereka poster AOS 2024.
Untuk rekod, Makoto juga merupakan pereka bagi kereta die-cast di konvensyen pengumpul Hot Wheels Jepun.
"Saya juga reka poster untuk AOS 2024. Rasa gembira apabila dipilih untuk hasilkan rekaan tahun ini," katanya.
Sofy seronok mampu ikut serta dalam AOS 2024.
Selain itu, custom paint bagi Shofy Paint Witch, Sofy Rizqi Azhari berkata, dia 'turun' ke Malaysia bagi menghasilkan corak pada motosikal Harley-lujah yang turut serta bertanding dalam motosikal custom 2024.
"Pada 7 Julai lepas saya datang ke Malaysia untuk acara ini. Saya berkolaborasi dengan Rafik untuk buat corak pada motosikal Sportster 883 tahun 2001, Harley-lujah.
"Saya buat ukiran pada motosikal itu menggunakan tema hippy, iaitu komuniti yang mencintai kebebasan. Teknik yang saya guna adalah hydrodiping untuk wujudkan ekspresi hippy.
"Saya rasa sangat seronok mampu turun serta untuk acara ini. Harap dapat berkolaborasi juga untuk tahun seterusnya," katanya.
Ramai pengunjung seronok dan teruja menyaksikan kereta ubah suai di AOS 2024.
Tampil unggul pada 2024, Art of Speed kali ini juga mempamerkan coating edisi terhad yang dibuat khas untuk penunggang motosikal.
Terdapat juga ramai builder rekaan motor khas yang menyertai AOS jemputan Bike Build-Off untuk merebut peluang bagi menghantar motosikal custom mereka ke Jepun.
Padin Musa bersama motosikalnya dengan 'style chopper mangkaq'.
Antara 10 peserta terpilih adalah Abah & Sons (Padin Musa), Nodie Cycles, Acid Welding, Zuhalfast, RGF, Flying Loser, Chaos Customs, FNG Works, Son of Abdul dan Hills Angels.
Bahagian dewan C, MAEPS juga dipenuhi dengan jualan Hot Wheels termasuk pameran yang dibuka secara besar-besaran.
Antaranya, pameran koleksi Hot Wheels yang unik, Hot Wheels skate school, Hot Wheels swap buy and sell, sesi perkongsian pengumpul, pertandingan custom Hot Wheels dan banyak lagi.
Pengunjung memasuki kawasan Outdoor ThunderCircus Brotherhood Rally.
Tinjauan Majoriti melihat ramai komuniti motosikal seperti Harley Davidson, vespa dan retro turut turun padang bagi menghangatkan lagi acara berkenaan.
Mereka meletakkan motosikal di kawasan terbuka khas untuk penunggang iaitu di Outdoor ThunderCircus Brotherhood Rally.
Selain itu, para peminat barangan thrift juga sempat 'menyelam' di lebih 15 kios yang dibuka dalam dewan D.
Pelbagai kasut thrifted yang dibawa daripada Jepun, selain baju, topi dan seluar vintage.
Pengunjung membanjiri konsert yang diadakan di AOS 2024.
Di samping itu, lebih 10 band menggegarkan pentas di dewan A sehingga ramai pengunjung teruja menyaksikan persembahan mereka.
Antara kumpulan yang tampil dalam acara berkenaan adalah kumpulan Spider, Gerhana Skacinta, Salammusik, Nadarasa, Stainless, Aimampus, 53 Universe Pele L., Ameeusemen, Faiz Ruzayn, Fuego dan Ryb3na. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram