Komposer lagu Jesnita, Harun Ahmad meninggal dalam tidur di Skudai


  • Hiburan
  • Selasa, 30 Jul 2024

Harun Ahmad meninggal dunia di Skudai, Johor pada 5 petang Selasa.

KOMPOSER lagu Jesnita nyanyian kumpulan Exists, Harun Ahmad disahkan meninggal dunia sewaktu tidur di kediamannya yang terletak di Skudai, Johor kira-kira pukul 5 petang pada Selasa.

Perkara ini sampaikan oleh gitaris kumpulan Exist, Along atau nama sebenarnya Azhrul Nasir menerusi laman Facebook.

"Telah kembali ke rahmatullah abang Harun Ahmad di Taman Teratai Skudai.

BACA LAGI: Gandingan duet P. Ramlee, biduanita Nona Asiah hembus nafas terakhir pada usia 94 di Singapura

BACA LAGI: 'Tiada orang sepertinya,' penonton menitis air mata dengar nyanyian Celine Dion di Olimpik Paris 2024

"Mari sedekahkan al-Fatihah buat arwah. Semoga rohnya berada dalam kalangan orang-orang yang beriman," katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Masnizah Mohyi, 50; dan tiga anak iaitu Fatin Nurhaziqah, 26; Fatin Nurhidayah, 23; dan Muhamad Farish Hakimi, 20.

Semasa hayatnya, Harun dikenali sebagai komposer yang berbakat besar sehingga namanya terus melonjak naik terutama sewaktu lagu Jesnita dikeluarkan.

Selain lagu Jesnita, Harun turut mencipta dua lagi lagu popular Exists iaitu Langkah Seiringan dan Janji Padamu.

Lagu lain ciptaannya ialah Hadirlah Mustika, Bicara Kasih, Satu Kenangan, Lafaz Cinta dan Alya Mysara.

Along Exist berkata, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampung halamannya yang terletak di Felda Ulu Tebrau, Johor Bahru pada Rabu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram