Suami Fasha Sandha 'menyengat' di padang bola sepak


  • Podium
  • Khamis, 25 Jul 2024

Ketua pasukan He Clinic FC itu membantu pasukannya tewas semasa menentang VI United FC apabila dia mencetak lima gol menjadikan keputusan penuh 7-0. — Instagram/Aidil Aziz

TIDAK sekadar hebat di pentas lakonan, pelakon Mohd Aidil Abdul Aziz tampil 'menyengat' di padang bola sepak selepas muncul sebagai calon Kasut Emas dalam kancah Liga Bola Sepak Amatur (AFL) A3.

Pemain He Clinic FC yang juga suami kepada aktres, Fasha Sandha itu membuktikan ketangkasannya menerusi tujuh gol yang disumbangkan selepas empat perlawanan zon Kuala Lumpur Centre (KL Centre).

Ia sekali gus meletakkan kelab itu di tangga kedua dengan dua mata dipisahkan oleh pendahulu, Asawa FC.

BACA LAGI: Ibarat jambatan sedang terbakar, Hamidin perlu berundur elak FAM 'roboh kehangusan'

BACA LAGI: ‘Jurulatih datang dan pergi’, Hamidin terkilan Pan-gon letak jawatan

Sebanyak 30 kelab sedang bersaing dalam saingan yang sebelum ini dikenali sebagai Liga M5, manakala He Clinic merupakan antara 10 pencabar dalam saingan zon KL Centre.

Dia yang juga ketua pasukan kepada kelab itu membantu pasukannya tewas semasa menentang VI United FC apabila dia mencetak lima gol menjadikan keputusan penuh 7-0.

Kini Aidil mengungguli kedudukan penjaring terbanyak bagi kumpulan KL Centre dengan merekodkan tujuh jaringan di hadapan Muhammad Farhan daripada pasukan Obi and Friends dengan mengumpul enam jaringan.

WhatsApp Image 2024-07-25 at 2.59.39 PM (1)

Fasha Sandha memuat naik hantaran mengenai pencapaian suaminya di Instagramnya. — Instagram/fashasanda

Fasha Sandha dalam hantaran di Instagramnya melahirkan rasa bangga dengan pencapaian suaminya.

Selain itu, Aidil juga terlibat dalam filem terbaharu. Harimau Malaya arahan Datuk Afdlin Shauki yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 15 Ogos ini.

Dalam filem tersebut turut menampilkan ramai pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Meerqeen, Sophia Albarakbah, Aidil Aziz, Aiman Hakim Redza, Tony Eusoff, Zain Hamid, Vanidah Imran, Erra Fazira, Amelia Henderson, Nam Ron, Bell Ngasri, Kavin Jay dan Douglas Lim.

Selain barisan artis diperkenalkan dalam trailer filem tersebut, pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim turut diundang sebagai 'cameo'. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram