Gandingan duet P. Ramlee, biduanita Nona Asiah hembus nafas terakhir pada usia 94 di Singapura


  • Hiburan
  • Selasa, 30 Jul 2024

BIDUANITA Nona Asiah menghembuskan nafas terakhir pada usia 94 tahun pada Selasa di Singapura.

BIDUANITA Nona Asiah atau nama sebenar Asiah Aman menghembuskan nafas terakhir pada usia 94 tahun pada Selasa kira-kira pukul 4.25 pagi.

Berita itu disampaikan oleh Fairuz Hussein yang merupakan kawan kepada anak bongsunya, Indra Shahrir Ismail.

"Salam semua, saya dapat berita daripada Indra yang ibunya telah meninggal dunia pagi ini.

BACA LAGI: 'Tiada orang sepertinya,' penonton menitis air mata dengar nyanyian Celine Dion di Olimpik Paris 2024

BACA LAGI: 'Jangan malam Jumaat sahaja, negeri lain pun patut contohi', ramai sokong larangan hiburan pada hari mulia di Kelantan

"Semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Salam takziah buat Indra dan keluarga.. Innallillahiwainnallillahirajiun," katanya menerusi Facebook.

Memetik laporan Mediacorp, Allahyarhamah Nona Asiah meninggal dunia atas sebab komplikasi kesihatan.

Allahyarhamah telah dimasukkan ke Hospital Besar Changi (CGH) sejak dua bulan lalu atas disebabkan oleh masalah buah pinggang, paru-paru dan jantung.

Sambil menahan sebak, Indra Shahrir turut berkongsi bahawa dia merupakan satu-satunya anak Allahyarhamah yang berada di Singapura ketika ibunya menghembuskan nafas terakhir.

Ini memandangnya adik-beradiknya yang lain sedang berada di Gold Coast, Australia untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara terdekat mereka.

Adik-beradiknya yang lain, kata Indra Shahrir, dijangka akan pulang ke tanah air untuk sama-sama menguruskan jenazah Allahyarhamah.

Setakat ini, jenazah sedang diuruskan untuk dibawa pulang ke kediaman Allahyarhamah di No 77 Lorong Melayu.

Jenazah Allahyarhamah akan disolatkan di Masjid Ba’alwie, Singapura pada kira-kira pukul 10 pagi pada Rabu sebelum dikebumikan.

Sebelum ini, Allahyarhamah sering berganding dengan seniman legenda negara, P. Ramlee dalam beberapa buah lagu.

Duet mereka sering menyerlahkan gaya vokal pelengkap untuk membawa daya tarikan istimewa kepada muzik.

Antara lagu yang pernah dikolaborasi adalah Burung Berkumpulan dan Dengar Cerita Ini. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram