Tiga siri anime pilihan penggemar sepanjang 2021


  • Hiburan
  • Isnin, 03 Jan 2022

TIGA rancangan anime ini menjadi pilihan penggemar sepanjang 2021. — Agensi

WALAUPUN dunia masih berdepan pandemik Covid-19 sepanjang 2021, ia tidak menjadi penghalang buat penerbitan rancangan siri anime untuk terus menghiburkan pengikut dan penggemar genre itu di kaca televisyen mahupun dalam talian.

Tambahan pula dengan pelaksanaan perintah berkurung (lock down), menonton rancangan anime sudah pasti menjadi salah satu aktiviti untuk mengisi masa lapang.

Dengan berlabuhnya tirai 2021, tidak dinafikan ada beberapa rancangan animasi yang popular dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai serata dunia.

Berikut merupakan tiga rancangan animasi yang menjadi pilihan ramai sepanjang 2021:

1. Re: Zero, Starting Life in Another World: Season Two

anime 1

Musim kedua animasi ini menceritakan banyak sejarah untuk watak utama. — Agensi

Genre animasi, isekai yang sangat popular ini mengikuti pengembaraan Subaru Natsuki selepas dia dibawa ke dunia fantasi ajaib dan dengan kuasa untuk kembali semula ke masa lalu setiap kali dia mati.

Pengembaraan ajaib ini dengan cepat berubah menjadi ngeri kerana Subaru terpaksa mengalami kesakitan dan trauma dalam beberapa kematian yang sangat mengerikan berkali-kali, serta melihat rakan-rakannya dibunuh berulang kali.

Musim kedua animasi ini menceritakan banyak sejarah untuk watak utama, menjawab banyak soalan dari musim pertama, menimbun misteri plot dan menghidupkan perasaan.

Ia juga tidak membiarkan penonton lupa bahawa rancangan ini adalah sebuah aksi seram, namun pada masa sama masih menampilkan animasi yang hebat dan runut bunyi yang sensasi.

2. Sonny Boy

anime 2

SIRI ini membawa penonton berfikir tetang setiap jalan cerita yang dibawakan. — Agensi

Rancangan itu memperkenalkan begitu banyak konsep dan watak pelik dan tanpa ada sebarang penjelasan pada babak tertentu.

Meskipun begitu, anime ini sangat menaik dan membawa penonton berfikir tentang setiap jalan cerita yang dibawakan.

Penonton juga akan tertanya-tanya apa yang akan berlaku pada episod seterusnya menjadikan anime ini sebuah rancangan yang menark untuk ditonton.

3. Vivy: Fluorite Eye’s Song

anime 3

ANIME ini menceritakan tentang Vivi yang dipilih untuk menghalang pemberontakan yang dahsyat 100 tahun akan datang. — Agensi

Anime ini menyajikan salah satu rancangan yang paling menarik perhatian pada 2021.

Ia ekoran watak-watak yang kacak dan cantik (dalam dunia anime) serta memaparkan jalan cerita yang membuai emosi.

Rangkuman plot 100 tahun ke hadapan dalam 13 episod ini sangat menyeluruh dan tidak berlebihan.

Anime ini menceritakan tentang Vivi, seorang penyanyi yang dipanggil Diva oleh robot pengembara masa. Vivi adalah individu yang dipilih untuk menghalang pemberontakan dahsyat yang berlaku kira-kira 100 tahun pada masa depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

anime, pilihan, siri, rancangan, jepun