'Jangan risau soal rezeki', Normah beri nasihat untuk generasi baharu pelakon teater


  • Hiburan
  • Sabtu, 20 Jul 2024

Normah percaya bahawa sikap positif dan segala kerja keras akan membawa kepada rezeki yang telah ditentukan.

PELAKON veteran, Normah Damanhuri, 70, memberi nasihat kepada pelakon teater generasi baharu agar tidak perlu risau soal rezeki dan persaingan dalam industri berkenaan.

Nasihat itu dibuat sebagai respons kepada kenyataan pelakon dan penggiat teater, Juhara Ayob yang tidak menolak pandangan berhubung bayaran artis teater lebih murah berbanding menggunakan khidmat selebriti yang sudah popular.

Berkongsi pandangannya bersama Majoriti, pelakon yang sudah menempa nama dalam industri seni tanah air sejak lebih empat dekad itu percaya bahawa sikap positif dan segala kerja keras akan membawa kepada rezeki yang telah ditentukan.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Jangan percaya, penipu!,' Tokti bengang scammer guna Al muka dan suaranya

BACA LAGI: 'Tempat terbaik untuk cari ketenangan,' ramai doakan Bella Astillah dan Eyka Farhana tunai umrah bersama

6115948909298826998

Normah memulakan kariernya sebagai pelakon sekitar tahun 1980-an dan Jogho merupakan filem pertamanya.

"Ini dah jadi pada rezeki. Kalau ada rezeki kita, ia takkan ke mana.

"Kalau nak mencari ilmu dan ada minat yang mendalam tak perlu 'give up', buat je lah," ujarnya.

Beliau turut menasihati pelakon muda untuk menumpukan perhatian kepada minat dan kerjaya mereka tanpa merasa tertekan terhadap persaingan.

"Kita jadi diri kita. Apa kita suka, apa kita minat kita buat. Tiada paksaan, kita fokus dengan kerja kita," katanya.

6115948909298827000

Moderator (kiri), Normah Damanhuri, U-Wei Haji Saari, Sabri Yunus ketika sesi apresiasi filem Jogho.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Apresiasi filem 'Jogho' di Pawagam Mini P. Ramlee, Kompleks Finas, Hulu Kelang pada Jumaat, 19 Julai.

Filem arahan U-Wei Haji Saari itu ditayangkan di pawagam Malaysia pada 28 Mac 1999 dengan menampilkan Allahyarham Khalid Salleh, Normah Damanhuri dan Sabri Yunus sebagai barisan pelakon utama.

Bercakap mengenai perkembangan semasanya, beliau baru sahaja selesai penggambaran bagi filem seram yang dijangka berada di skrin pawagam tahun depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram