'It's not about money', kaya bukan ukuran Adira Suhaimi pilih pengganti Datuk Red


  • Hiburan
  • Sabtu, 20 Jul 2024

Adira Suhaimi belum terbuka hati untuk menerima cinta baharu.

SELEPAS Adira Suhaimi dan bekas suaminya, Datuk Red disahkan bercerai, ramai lelaki mahu mencuba nasib untuk menjadi pendamping baharu penyanyi tersebut.

Apatah lagi, Adira sering aktif memuatnaik rakaman video yang melucukan di media sosial sehingga menarik perhatian deretan individu yang ingin menambat hatinya.

Tanpa berselindung, penyanyi lagu Pujaan Hati itu mengakui ramai cuba untuk menjadi cinta baharunya menerusi laman Instagram.

BACA LAGI:'Tak pernah lupa makan ubat', keadaan Sathiya makin pulih lepas serangan angin ahmar

BACA LAGI: [VIDEO] 'Semangat nak doa jodoh,' Amelia Christie tak lepas peluang mohon jumpa pengganti Shaarnaz Ahmad di Jabal Rahmah

6111694293220572200

Adira bersama anak-anaknya iaitu Anggrek, 7 (kiri); Anggun, 5 (kedua kiri); Asan,6 (kedua kanan) dan Ayob, 2 (kanan).

"Biasanya dekat Instagram lah kan," katanya kepada Majoriti.

Bagaimanapun, Adira berkata, dia belum bersedia untuk miliki apa-apa hubungan baharu dengan mana-mana lelaki.

"Adira jenis orang yang straight to the point sahaja, kalau tak nak Adira terus cakap tak nak.

"Macam kita ini perempuan, kita boleh lihat seseorang punya niat itu macam mana. Jadi kita memang kena 'keras' sikit apabila berdepan dengan orang yang dilihat memiliki niat yang tidak baik," katanya.

Bertanya soal ciri-ciri lelaki yang mampu membuka pintu hatinya, Adira mengakui memiliki harta yang banyak belum tentu membuatnya terpesona.

"It's not about money, tak kisahlah kau orang yang berduit atau tidak.

"Sebab saya sudah ada empat orang anak. Yang penting orang yang mampu terima anak-anak saya," katanya.

Tidak hanya itu, Adira turut menjelaskan bahawa hubungannya dengan Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu masih baik meskipun sudah tidak saling mengikuti di media sosial sebaik sahaja habis tempoh iddah.

"Macam mana pun dia tetap ayah kepada anak-anak saya, Apa-apa pun saya tak boleh nak pisahkan hubungan dia dengan anak-anak.

"Tidak mengikuti di media sosial adalah supaya dapat menjaga pandangan hati dan juga mata, which is goodlah.

"Supaya hubungan kita sentiasa akan menjadi lebih baik. Tiada sebab lain," katanya.

Mengulas mengenai perkembangan semasa, Adira kini sedang sibuk mempromosikan lagu berjudul Kasih yang boleh ditonton di saluran YouTube Nova Music.

"Saya rasa bernasib baik sebab dapat nyanyikan lagu runut bunyi itu yang digunakan dalam filem Memoir Seorang Guru," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram