'Tempat terbaik untuk cari ketenangan,' ramai doakan Bella Astillah dan Eyka Farhana tunai umrah bersama


  • Hiburan
  • Ahad, 14 Jul 2024

Bella Astillah (kiri) dan Eyka Farhana (kanan) pergi menunaikan umrah bersama-sama.

DUA pelakon cantik, Eyka Farhana dan Bella Astillah berkongsi momen indah sewaktu berangkat bagi mengerjakan ibadah umrah di tanah suci Makkah.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh Eyka di laman Instagram, dia memohon doa agar dipermudahkan segala urusan ke tanah suci.

"Ya ALLAH, ampunilah diri kami ya ALLAH. Semoga permudahkan segala urusan dan ibadah saya disana. Saya memohon maaf jika ada tersalah kata, perbuatan atau menyakiti sesiapa, maafkan saya," katanya.

BACA LAGI: Pempengaruh suami isteri kena sambung reman 3 hari disyaki seleweng dana derma

BACA LAGI: [VIDEO] BMX Faisal Hussein dapat nafas baharu, imbau nostalgia Bujang Selamat tayang basikal 'lejen'

photo1720940161

Eyka Farhana berangkat ke tanah suci Makkah.

Tidak hanya itu, Bella Astillah turut memuat naik satu hantaran yang berbaur pujian terhadap Eyka Farhana.

"Yang baik dan cantik," katanya.

Selain itu, Bella juga memohon maaf atas segala kesalahan sama ada disengajakan mahupun tidak.

"Saya mohon maaf seikhlas hati dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kepada semua seandainya ada kesalahan baik disengajakan mahupun tidak disengajakan.

"Mohon doanya agar ibadah ini dapat terlaksana dengan baik dan diterima oleh ALLAH S.W.T Aminn. Semoga semua yang membaca ini juga beroleh rezeki untuk mengerjakan ibadah umrah kelak. Insya-ALLAH," katanya.

photo1720940064

Bella (kanan) dan Eyka (kiri) pergi menunaikan umrah bersama-sama.

Perkongsian mereka menerima banyak respons positif daripada rakan artis yang turut mendoakan keselamatan mereka menuju ke tanah suci.

Antaranya, bekas isteri Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin beranggapan bahawa di sana merupakan tempat terbaik untuk mencari ketenangan.

"Semoga mendapat umrah yang mabrur sayangku. Yes! The best place to go there untuk mencari ketenangan dan kebangkitan," katanya.

Pelakon lain, Catriona Ross atau nama penuhnya Catriona Norhayati Ross turut mendoakan akan Bella Astillah diberi ketenangan hati.

"Moga Bella selamat pergi selamat balik. Semoga juga diberi ketenangan hati," katanya.

Seorang penyanyi, Yazmin Aziz juga memberi respons kepada posting Eyka sewaktu berada di Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

"Doakan awak Eyka supaya mendapat ketenangan yang sepatutnya. Love lots," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram