PASTINYA ramai mengenai nama Mek Yun memandangkan gadis jelita itu sering menjadi trending di TikTok.
Manakan tidak, ramai mengagumi penggunaan bahasa Melayu dan dialek Kelantan yang 'pekat' digunakan.
Kali ini, bapanya yang merupakan bekas Panglima Artileri Roket, Brig Jen Datuk Wee Han Siew pula menjadi perhatian ramai.
BACA LAGI: Anak Terengganu tonjol bakat 'conteng' badan kereta, hasilkan lukisan helmet edisi terhad
BACA LAGI: Terpaksa tutup 2 kedai tapi tetap bantu orang susah, Metzshack bangkit pikat perut peminat burger
Han Siew sewaktu menjadi panglima ATM.
Warganet menyantuni sifat bapa gadis cantik berusia 27 tahun itu yang terlihat sangat menghormati agama lain.
Ini berikutan satu klip rakaman video yang dikongsikan oleh Mek Yun menerusi laman Tiktok.
Dalam rakaman itu menunjukkan Han Siew menghentikan perbualan seketika memandangkan azan sedang berkumandang.
"Tengah azan kita sambung sembang selepas ini," katanya.
Tidak hanya itu, seorang pempengaruh berbangsa Cina, Wee Chuan Chin atau lebih dikenali dengan nama Abe Wee mendedahkan bahawa bapa Mek Yun sering berpesan kepadanya sejak kecil supaya tidak berbuat bising ketika azan dilaungkan.
"Dari kecil lagi Abe Wee sentiasa ingat pesanan Pok. Jangan buat bising masa azan dilaungkan. Walaupun berlainan bangsa dan agama tapi kita mesti hormati azan," katanya menerusi TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat sifat Han Siew perlu dicontohi ramai.
"Kalau nak Malaysia maju dan aman contohilah Pok Mek Yun bergaul dgn orang ramai. Tidak perlu nak bangga dengan pangkat dan jawatan. Kita baik semua orang suka," kata Cikgu Cd.
"Baguslah Pok ni. Hormat azan walaupun berlainan bangsa," tulis Rozi.
"Seorang panglima berpangkat Datuk yang betul-betul merendahkan diri," tulis Haiqal.
Untuk rekod, Han Siew merupakan bekas Timbalan Komander Rejimen 506 Askar Wataniah, Kem Pengkalan Chepa, Kelantan semasa berpangkat Leftenan Kolonel.
Difahamkan, ketika berkhidmat di dalam tentera, beliau juga dikenali sebagai pegawai kanan yang tegas tetapi mudah mesra serta bertoleransi dengan pegawai serta anggota bawahan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram