IBU kepada penyanyi Aisyah Aziz, Siti Hafiza bengang apabila sebuah video lama memaparkan anaknya, Aisyah Aziz membuat persembahan di sebuah acara telah dipaparkan semula.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Siti Hafiza mendakwa, tindakan itu seakan-akan mahu mengundang kecaman orang ramai terhadap Aisyah Aziz kerana berpakaian yang tidak menutup aurat.
"Masya-ALLAH, Alhamdulillah kami ucapkan atas posting ini untuk mengundang kutukan dan cacian. Ingatlah ALLAH ada jika nawaitu (niat) hanya untuk mengaibkan dan cara ini membuat anda bahagia, teruskanlah," katanya.
BACA LAGI: Banglo dirobohkan, pemaju tidak tahu milik Allahyarham biduanita Sharifah Aini
Siti Hafiza turut menyentuh soal Padang Mahsyar di mana hari manusia dihimpunkan untuk mendapat pembalasan terhadap segala amalan di dunia.
"Tapi ingat kami di padang mahsyar nanti ya," katanya.
Aisyah Aziz terkenal dengan lagunya seperti Bukalah Matamu, Bila Entah, Indah Pada Waktunya, Senyum Saja dan Entah Bila.
Sebelum ini, tular sebuah akaun media yang memuat naik semula video lama memaparkan Aisyah sedang menyanyikan lagu berjudul Pujaanku bersama kumpulan Masdo sewaktu penyanyi popular itu masih belum menutup aurat sepenuhnya.
Turut dilihat, baju yang digayakan adik perempuan kepada Aliff Aziz itu sedikit singkat sehingga menampakkan pusatnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram