SEORANG model jelita tempatan, Aidan Natasya mengkritik pembuatan filem seram Indonesia kerana sering menonjolkan babak hantu sewaktu adegan umat Islam menunaikan solat.
Menerusi satu hantaran di laman X, Aidan melihat perkara itu seakan-akan menjadi punca orang lain menjadi takut untuk menunaikan ibadat kepada ALLAH.
"Tak beradab tahu tak? Bila buat cerita bodoh macam ini orang jadi takut nak solat," katanya.
BACA LAGI: Banglo dirobohkan, pemaju tidak tahu milik Allahyarham biduanita Sharifah Aini
Tangkap layar kritikan yang diberikan Aidan Natasya terhadap filem seram Indonesia.
Isu yang disuarakan itu turut dipersetujui ramai netizen yang beranggapan lakonan sebegitu memberi kesan mendalam kepada diri seseorang.
Antaranya, seorang pengguna, GeboksKitchen beranggapan perkara itu hanya menyebabkan individu lain tidak kusyuk dalam solat.
"Saya sangat setuju dengan awak, buat orang takut nak solat.
"Solat adalah waktu kita menghadap pencipta tetapi terfikir benda bukan-bukan pula," katanya.
Tidak hanya itu, pengguna lain, Andaq Fithry turut mendedahkan bahawa adegan tersebut menyebabkan anaknya trauma untuk solat bersendirian.
"True story. Anak-anak saya takut mahu solat sendirian kalau teringat scene macam ini. B***h gila dah aku kena terangkan pula orang solat tidak kena kacau," katanya.
Selain itu, seorang pengguna, Izkir pula mendedahkan yang drama seram seperti itu menyebabkannya takut untuk bangun solat pada waktu malam.
"Sebab cerita macam inilah aku takut nak bangun solat malam," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram