ARTIS dangdut terkenal Indonesia, Ayu Ting Ting menafikan khabar angin yang menyatakan bahawa berpisah dengan seorang anggota tentera berpangkat Kolonel,Lettu Muhammad Fardhana gara-gara lelaki itu miliki masalah kewangan.
Ayu Ting Ting berkata, dia bukanlah seseorang yang selalu merumitkan hal ekonomi.
"Dari dulu orang kata ini sebab masalah mas kawin dan macam-macam lagi. Siapa yang kenal saya, saya bukan orang macam itu. Kalau hanya masalah kewangan saya takkan terima dari awal lagi," katanya.
BACA LAGI: 'Konsert makin banyak, siap jadi duta produk', Tom anggap rezeki anak
BACA LAGI: Profesor Adjung: Afdlin Shauki memang layak — Chef Wan
Ayu Ting Ting berpisah bukan kerana merumitkan isu kewangan.
Pada Isnin, Ayu Ting Ting akhirnya mengakui sudah berpisah dengan Lettu Muhammad Fardhana sejak 22 Jun lepas.
"Saya ingin memaklumkan bahawa pertunangan saya dan Fardhana telah diisytiharkan putus antara kami sejak 22 Jun lalu dan sudah buat perbincangan keluarga pada 27 Jun lepas,” katanya.
Ayu Ting Ting turut mendedahkan bahawa punca dia akhirnya berpisah dengan Fardhana adalah kerana wujud perbezaan prinsip.
"Ya, ada perkara yang sangat penting bagi saya sehingga rasa kami tidak boleh rapat antara satu sama lain lagi.
"Jadi hanya saya, ALLAH dan rakan-rakan serta keluarga saya yang tahu biarlah perkara ini menjadi rahsia untuk kita," katanya.
Pada 4 Februari lepas, pemilik nama sebenarnya Ayu Rosmalina itu selamat bertunang dengan anggota tentera yang dikenali sebagai Muhammad Fardhana.
Pada 2013, Ayu pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki, Henry Baskoro Hendarso namun rumah tangganya hanya bertahan selama 21 hari sebelum bercerai ketika sedang mengandungkan anaknya, Bilqis Khumairah Razak. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram