'Konsert makin banyak, siap jadi duta produk', Tom anggap rezeki anak


  • Hiburan
  • Sabtu, 29 Jun 2024

Tom (kedua dari kanan) bersama Fuad (kedua dari kiri) bersama anak-anak mereka.

PENYANYI Tom tidak bersetuju apabila sesebuah perkahwinan yang diikat dengan rasa cinta lebih memilih untuk tidak memiliki sebarang zuriat.

Isteri kepada Fuad berkata sedemikian apabila ramai pasangan di Malaysia mendedahkan mereka mengamalkan konsep childfree dalam perkahwinan.

"Terpulanglah kepada individu masing-masing. Tetapi Tom tidak setuju kalau perkahwinan tiada anak kerana anak itu menguatkan lagi rumah tangga," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: Cipta busana Naomi dan Lady Gaga, Adele dan Beyonce kini dalam ‘list’ Rizman Ruzaini

BACA LAGI: [VIDEO] Bapa enggan jumpa pembunuh, masih terbayang sifat baik Along Spoon

WhatsApp Image 2024-06-27 at 2.38.29 PM

Tom (kiri) bersama Fuad (kanan) mendirikan rumah tangga pada 23 Februari lalu di Batam, Indonesia.

Ibu kepada enam orang anak itu turut mengulas mengenai pendapatnya tentang segelintir individu yang mengamalkan konsep itu agar lebih bebas.

Mungkin ada pasangan yang nak bebas pergi bercuti. Tom faham perasaan mereka tetapi perkara itu tak lama pun.

"Kita hanya penat membesarkan anak awal-awal. Apabila anak semakin besar semakin seronok untuk bercuti bersama mereka," katanya.

Pemilik nama sebenar Raja Farah Afzan Raja Ikram itu juga percaya bahawa anaklah punca bertambahnya rezeki dalam rumah tangga.

"Janji ALLAH memang benar rezeki anak itu ada. Apabila ada anak bertambah-tambah rezeki.

"Dalam perkahwinan semuanya memerlukan duit tetapi Tom rasa apabila beli barangan bayi lebih banyak rezeki yang Tom dapat.

"Kadang belum beli lagi sudah ada peminat yang beri," katanya.

WhatsApp Image 2024-06-27 at 2.50.48 PM

Tom dan Fuad bersama cahaya sulung mereka.

Tidak hanya itu, sejak melahirkan zuriat anak pertama bersama Fuad pada 18 Februari lalu, Tom dan suami dilamar banyak agensi untuk membuat persembahan konsert.

"Ada beberapa persembahan terpaksa ditolak juga kerana kekangan waktu. Fuad dapat show, Tom dapat show juga. Terbaharu tom akan berkolaborasi bersama Man Kidal," katanya.

Lebih mengejutkan, Tom juga terpilih sebagai duta untuk sebuah salon di Singapura dan duta untuk manisan, nekmahdessert

"Apa yang Tuhan bagi sekarang rezeki anak-anak bukan untuk kita sahaja," katanya.

Sebelum ini, penyanyi Tom selamat melahirkan cahaya mata perempuan pertama, Putri Anggun Lovellia di sebuah hospital kerajaan.

Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya yang juga penyanyi Fuad Rahman yang turut mendedahkan wajah dan nama bayi perempuan mereka iaitu Anggun.

“Alhamdulillah, selamat semuanya... love Anggun,” kata Fuad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram