Adegan Zahirah MacWilson merokok demi jayakan watak, Public Health tegur artis kena tegas letak garis sempadan


  • Hiburan
  • Selasa, 02 Jul 2024

Zahirah MacWilson (kiri) ditegur gara-gara melakonkan adegan merokok.

PELAKON Zahirah MacWilson ditegur supaya meletakkan garis sempadan dalam lakonannya selepas melakonkan adegan merokok dalam sebuah drama tempatan.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Persatuan Public Health Malaysia (PHM) beranggapan bahawa adegan itu tidak patutnya ditayang kerana boleh ditonton semua lapisan umur.

“Agak menyedihkan situasi di Malaysia apabila pelakon Zahirah MacWilson perlu melakonkan watak seorang wanita yang merokok walaupun beliau sendiri bukan perokok dan membenci tabiat tersebut. Kepada semua pelakon dan pengiat seni, teguhkan prinsip dalam kerjaya dengan meletakkan garis sempadan dalam hasil kerja anda," katanya.

BACA LAGI: Ayu Ting Ting nafi putus tunang sebab pasangan sengkek

BACA LAGI: Profesor Adjung: Afdlin Shauki memang layak — Chef Wan

KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO

The Clarks x Zahirah collection is designed to carry you seamlessly through every gathering. — Zahirah Macwilson/Instagram

Zahirah MacWilson ditegur Public Health Malaysia supaya meletakkan garis sempadan dalam lakonannya.

Dalam pada itu, PHM berharap agar pelakon berani bersuara untuk menolak lakonan yang menjurus kepada gaya hidup tidak sihat.

“Berani untuk katakan tidak kepada adegan merokok demi kesihatan anda sendiri dan untuk masyarakat,” katanya.

Selain itu, PHM turut menjadikan industri pemfileman Korea Selatan sebagai contoh kerana sudah mengharamkan adegan merokok dalam televisyen.

“Apa yang menarik, produksi Korea telah mengharamkan sama sekali adegan merokok dalam drama.

"Ini membuktikan untuk menghasilkan satu hasil produksi yang hebat dan lakonan yang berimpak tinggi,” katanya.

PHM menyifatkan kejayaan industri K-drama di Korea Selatan sebagai fenomena budaya dan ekonomi yang hebat.

“Ini didorong oleh produksi yang berkualiti, lakonan yang berkesan serta menggunakan tema universal yang menarik untuk tontonan seisi keluarga," katanya.

Sebelum ini, penerbit drama berkenaan, Datuk Saniboey Mohd Ismail memuji tahap profesionalisme pelakon utamanya, Zahirah MacWilson yang sanggup melakonkan adegan itu walaupun dirinya merupakan seorang yang sangat membenci rokok.

Saniboey juga beranggapan bahawa isteri kepada pelakon Aiman Hakim Redza itu dapat melakonkan babak tersebut dengan sangat bersahaja tanpa terlihat kekok.

Bagaimanapun, Saniboey juga menjelaskan bahawa adegan itu hanya menggunakan rokok palsu yang tidak mengandungi nikotin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram