Kerap 'berembun', balik lewat malam tingkatkan risiko hidap radang paru-paru


  • Sihat
  • Khamis, 27 Jun 2024

Seseorang yang terdedah dengan angin malam boleh mengundang masalah radang paru-paru. — Gambar Hiasan

SEBAGAI penduduk dalam negara yang memiliki suhu sekata sepanjang tahun, kita jarang sekali berdepan dengan cuaca sejuk yang melampau.

Bahkan, pakaian-pakaian sejuk juga tidak diperlukan ketika keluar dari rumah susulan cuaca tidak berapa bersesuaian.

Segelintir individu juga sudah terbiasa mengenakan pakaian nipis pada waktu pagi dan malam melainkan ketika berada di dalam premis berhawa dingin.

BACA LAGI: Awas! Tak suka minum air putih undang risiko strok, 5 masalah kesihatan lain

BACA LAGI: Kena kencing tikus sampai ditidurkan, peka bahaya penyakit bawaan mamalia

WhatsApp Image 2024-06-26 at 1.49.17 PM

Masalah radang paru-paru boleh menjadi penyebab kematian. — Gambar Hiasan

Bagaimanapun, umum mengetahui bahawa udara pada waktu malam kebiasaannya akan terasa lebih dingin susulan keadaan angin yang selalu orang sebut sebagai embun malam.

Jadi, apakah seseorang boleh mengalami masalah kesihatan jika sering terdedah kepada angin malam?

Ini kerana, ada yang beranggapan bahawa sering pulang lewat malam boleh mengundang terjadinya masalah radang paru-paru atau nama lainnya adalah pneumonia.

Pneumonia boleh terjadi kepada semua golongan umur dan ia adalah salah satu penyebab utama kematian golongan pesakit kronik.

Bercakap soal itu, Pakar paru-paru, Dr Deny Noviantoro mengakui bahawa orang yang sering pulang ke rumah pada waktu malam lebih berisiko mengalami radang paru-paru.

"Kadang orang fikir dia selesema. Tetapi sebenarnya itu udara malam yang menjejaskan sistem imun sehingga berisiko mengalami pneumonia," katanya.

Ini kerana, Dr Deny berkata, segelintir orang sensitif kepada cuaca sejuk sehingga memberi kesan kepada sistem imun tubuhnya.

"Jadi, kalau balik rumah malam, biasanya akan terdedah kepada angin yang bertiupan. Udara dingin itu akan turunkan sistem imun kita," katanya.

Apabila sistem imun tubuh badan turun, Dr Deny berkata, segala udara tidak baik yang disedut seperti bakteria, virus dan patogen boleh menyebabkan pneumonia," katanya.

a-man-in-a-black-mask-and-hoodie-standing-on-the-street-at-night-generative-ai-photo

Pemakaian jaket pada waktu malam penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan. — Gambar Hiasan

Dr Deny mencadangkan agar seseorang memakai jaket dan penutup muka sewaktu keluar pada waktu malam.

Bagaimanapun, seseorang mungkin memiliki simptom radang paru-paru yang berbeza-beza mengikut keadaan samada teruk ataupun tidak.

Antara simptom radang paru-paru adalah berasa ketidakselesaan pada dada, batuk sehingga mengeluarkan kahak, sesak nafas, hidung berair atau tersumbat, demam, menggigil, keletihan dan berasa mual sehingga muntah.

Selain udara malam, Dr Deny berkata, penggunaan penyaman udara ingin juga menjadi salah satu penyebab pneumonia.

"Lagi-lagi kalau penyaman udara tidak dibersihkan secara berkala," katanya.

Jadi, Dr Deny menyarankan agar individu yang sensitif dengan cuaca sejuk tidak menggunakan penyaman udara dengan kerap.

"Sebagai pengganti penyaman udara, boleh buka tingkap supaya cahaya matahari masuk ke dalam bilik," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram