Awas! Tak suka minum air putih undang risiko strok, 5 masalah kesihatan lain


  • Sihat
  • Isnin, 24 Jun 2024

Seseorang perlulah minum air putih dengan secukupnya.

AIR adalah komponen utama dalam tubuh badan manusia yang membentuk sekitar 50 hingga 70 peratus daripada jumlah berat badan.

Keperluan air sangat penting untuk mengekalkan fungsi organ tubuh, mengawal suhu badan dan memastikan pelbagai saluran dalam tubuh dapat berjalan dengan lancar.

Kekurangan pengambilan air yang mencukupi boleh menyebabkan seseorang mengalami dehidrasi yang berpotensi mengganggu keseimbangan badan dan menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

BACA LAGI: Kena kencing tikus sampai ditidurkan, peka bahaya penyakit bawaan mamalia

BACA LAGI: Panik lihat janin tiada jari waktu imbasan ultrabunyi, ramai kurang peka tentang sindrom 'missing finger'

c5db8cd2bf029d32f4114a24d2d4ce0c

Minum air putih sangat penting untuk tubuh badan.

Selain makanan seperti tembikai, tomato dan lada benggala, air juga mampu meningkatkan tahap hidrasi seseorang.

Jika seseorang tidak mengambil air yang mencukupi setiap hari, sudah tentu mampu memberi kesan sampingan kepada tubuh badan.

Berikut adalah kesan sampingan yang mengundang masalah kepada diri seseorang.

1. Kurang Tenaga

Tidak minum air yang mencukupi sepanjang hari boleh menyebabkan penurunan tenaga.

Ini kerana air memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biologi dalam badan.

Air membantu dalam pengangkutan nutrien ke seluruh badan dan penyingkiran sisa metabolik yang tidak diingini.

Apabila badan kekurangan air, sistem metabolisme menjadi perlahan, seterusnya boleh mengurangkan pengeluaran tenaga.

Selain itu, dehidrasi juga boleh menyebabkan penurunan jumlah darah dan tekanan darah rendah yang berpotensi menyebabkan seseorang berasa lemah atau mengantuk.

553 (3)

Kekurangan air boleh mengganggu fungsi otak.

2. Mengganggu fungsi otak

Menurut US Geological Survey, otak sangat memerlukan air kerana kebanyakan komposisinya terdiri daripada air iaitu sekitar 73 peratus.

Apabila badan mengalami dehidrasi, jumlah darah berkurangan, yang boleh mengurangkan bekalan oksigen dan nutrien ke otak.

Ini boleh mengganggu tumpuan, ingatan, dan keupayaan untuk berfikir dengan cekap.

3. Emosi tidak stabil

Kekurangan pengambilan air boleh mengganggu fungsi sel saraf neurotransmitter yang bertanggungjawab untuk mengawal mood dan emosi.

Apabila badan mengalami dehidrasi, mungkin terdapat penurunan dalam pengeluaran neurotransmitter yang berfungsi untuk mengawal mood seperti serotonin dan dopamin. Ini boleh menyebabkan seseorang berasa cepat marah, cemas, malah mudah marah.

kulit-wajah-kering-dan-mengelupas

Seseorang yang kekurangan air dalam tubuh badan boleh menyebabkan masalah kulit kering terjadi.

4. Mengalami masalah kulit

Apabila badan mengalami dehidrasi, kulit cenderung menjadi kering, kasar, dan kurang bersinar kerana kekurangan kandungan air yang mencukupi untuk mengekalkan sel kulit terhidrat.

Selain itu, keadaan ini juga boleh mengganggu fungsi normal kelenjar minyak dalam kulit yang boleh menyebabkan peningkatan pengeluaran minyak yang berlebihan sebagai mekanisme pertahanan semula jadi.

Ini boleh mengundang timbulkan jerawat atau masalah kulit yang lain.

Kulit yang tidak terhidrat dengan baik juga boleh menyebabkan peningkatan garis-garis halus dan kedutan kerana kekurangan kelembapan yang mencukupi untuk mengekalkan keanjalan kulit.

5. Boleh meningkatkan risiko diserang strok

Tidak minum air yang mencukupi sepanjang hari boleh meningkatkan risiko strok.

Ini kerana dehidrasi boleh menjadikan darah lebih pekat, meningkatkan tekanan darah, dan mengganggu aliran darah ke otak.

Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan risiko strok iskemia atau hemoragik akibat kerosakan pada saluran darah otak.

6. Sakit kepala

Dehidrasi boleh menyebabkan pengurangan aliran darah dan oksigen ke otak, yang boleh mencetuskan sakit kepala.

Keadaan lain yang boleh berlaku ialah peningkatan paras bahan kimia dalam darah seperti histamin, yang boleh menjejaskan saluran darah di otak dan menyebabkan sakit kepala.

Berapa banyak air yang diperlukan oleh badan?

Setiap hari, tubuh manusia kehilangan air melalui pelbagai proses seperti bernafas, berpeluh, membuang air kecil dan membuang air besar.

Kehilangan air ini adalah bahagian semula jadi metabolisme badan yang mesti diseimbangkan dengan mendapatkan semula cecair yang mencukupi.

Dengan memastikan pengambilan air harian yang mencukupi, seseorang bukan sahaja menyokong fungsi organ tubuh yang penting tetapi juga mengekalkan keseimbangan cecair yang penting untuk kesihatan keseluruhan.

Mengikuti kajian daripada Mayo Clinic, The US National Academies of Sciences, Engineering and Medicine, terdapat jumlah pengambilan air yang perlu dititikberatkan seseorang iaitu:

Kira-kira 15.5 cawan (3.7 liter) sehari bagi lelaki, manakala kira-kira 11.5 cawan (2.7 liter) sehari bagi perempuan.

Cara mudah untuk mengesan jumlah yang perlu diikuti adalah dengan meminum lapan gelas sehari dengan segelas berukuran 230 mililiter yang membawa maksud seseorang sudah meminum 2 liter air.

Ini membantu seseorang untuk memenuhi keperluan pengambilan cecair dan mineral badan dengan lebih mudah dan teratur. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram