Dosz Coffee buka cawangan ke-10 di Phileo Damansara, tawar kopi lokal pelbagai perisa menarik


  • Bizz
  • Khamis, 06 Jun 2024

Muhammad Firdaus Roslan (kiri) dan Muhammad Zakwan Suhaimi (kanan) membuka cawangan ke-10 Dosz Coffee.

DOSZ Coffee melancarkan premis terbaharunya bersempena pembukaan cawangan baharu ke-10 di Menara CP, Pusat Perdagangan Phileo Damansara, Petaling Jaya, Selangor, pada Khamis.

Cawangan terbaharu itu dibina hasil kerjasama bersama di antara dua rakan niaga, Muhammad Zakwan Suhaimi, 29 dan Muhammad Firdaus Roslan, 33.

Pemilik cawangan berkenaan, Zakwan Suhaimi berkata, dia memilih lokasi berkenaan kerana berada di kawasan pejabat yang menjadi tumpuan orang ramai.

BACA LAGI: Anak trauma lihat ibu kena ikat waktu kecil, kongsi cara jaga pesakit bipolar sampai sembuh

BACA LAGI: Lelaki patah tulang paling keras dalam badan ketika batuk akibat kerap minum air berkarbonat

photo1717684558

Dosz Coffee memiliki banyak menu seperti latte, matcha, strawberi dan coklat.

"Harapnya keuntungan boleh stabil apabila membuka cawangan di tempat ini. Ini kerana, waktu memilih tempat ini kami sudah meneliti persekitaran kawasan.

"Di dalam bangunan ini, kios Dosz dibuka juga sudah memiliki lebih 1,000 orang," katanya kepada Majoriti.

Baginya, dia memilih untuk membuka perniagaan berbentuk kopi adalah kerana cita rasa rakyat Malaysia yang menggemari pengambilan minuman berkafein.

"Yang minat kopi di Malaysia sangat tinggi. Jadi dengan membuka Dosz Coffee iaitu kopi lokal diharapkan dapatlah menjadi salah satu minuman kegemaran rakyat kita," katanya.

Banyak pilihan sesuai yang boleh dinikmati seseorang seperti espresso, double espresso, espresso machiato, affogato, espresso con panna, shakerato, americano, cappucino, latte, flat white, mocha dan classic machiato.

Rakan kongsinya, Firdaus Roslan pula berharap agar seseorang yang mahu mencuba perisa baharu akan datang ke kios mereka.

Mengakui bukan berasal dari penggemar kopi, Firdaus berharap orang yang tidak meminati kopi juga mahu mencuba air-air berperisa lain yang terdapat di kios mereka.

Ini kerana, banyak menu lain selain kopi yang tersedia seperti fruities sense mango, strawberry, blueberry dan raspberry.

"Semua orang boleh datang untuk cuba menu yang pelbagai," katanya.

Firdaus berkata, kios mereka juga membuat kelainan yang berbeza berbanding perniagaan kopi-kopi yang lain.

"Kami juga buat menu sarapan iaitu ada nasi lemak berserta air yang boleh didapatkan pada harga berpatutan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram