[VIDEO] Terpaksa berhenti sekolah demi sara famili, lelaki tidak malu jadi pemungut sampah di usia muda


Wan Othman Wan Mohd Nor Hassyim bekerja sebagai pemungut sampah di kawasan sekitar Kuantan, Pahang.

SEORANG pemuda tidak malu bekerja sebagai pemungut sampah demi membantu keluarganya mencari sumber rezeki.

Lelaki berkenaan, Wan Othman Wan Mohd Nor Hassyim, 21, kini tular di laman TikTok @garbageman kerana kesungguhannya memastikan kebersihan negara sentiasa dijaga demi manfaat kehidupan semua orang.

Wan Othman berkata, dia sudah memulakan kerja sebagai kru syarikat pengurusan alam sekitar sejak berumur 17 tahun.

BACA LAGI: Terkedu 400 ayam mati akibat penyakit sampar, anak jati Banting tetap bangkit usahakan ternakan

BACA LAGI: Usahawan OKU buka maahad tahfiz, dorong murid kuasai ilmu agama, Bahasa Mandarin

WhatsApp Image 2024-06-11 at 12.24.38 PM

Wan Othman tidak kisah bekerja sebagai pemungut sampah, asalkan dapat menyara keluarganya.

"Tak kisah orang nak kata apa yang penting halal. Kita tak mencuri atau susahkan orang lain," katanya kepada Majoriti.

Sebelum ini, dia bekerja sebagai pemungut sampah pada waktu pagi iaitu bermula pukul 6.30 pagi hingga pukul 3.30 petang, namun kerana memiliki masalah kesihatan dia memilih untuk menukar ke syif malam.

"Sekarang cuaca panas. Saya pula ada masalah darah rendah jadi bila bekerja di panas terik kadang-kadang rasa nak pengsan.

"Jadi saya tukar syif ke waktu malam supaya lebih mudah menjalankan tugas," katanya.

Tambahnya, banyak pengalaman yang terpahat di ingatannya sewaktu bertugas sebagai pemungut sampah.

"Kalau syif siang selalu kena gigit kerengga, jumpa lipan kala jengking dan ular dekat tong sampah.

"Kalau malam penuh dengan lipas dekat tong sampah," katanya.

Namun, dia sudah terbiasa dengan masalah itu memandangkan sudah bekerja sebagai kru pembersihan selama lebih lima tahun.

TEKAN GAMBAR UNTUK VIDEO:

WhatsApp Image 2024-06-11 at 11.34.23 AM

Selain bekerja sebagai pemungut sampah, Wan Othman juga bekerja sebagai peniaga Churros.

Selain pemungut sampah, pemuda itu juga gigih berniaga churros di waktu pagi.

"Saya terfikir takkan siang hari tidak buat apa-apa dan tidur sahaja.

"Jadi saya pun kerjalah churros di pagi hari," katanya.

"Saya terfikir takkan siang hari tidak buat apa-apa dan tidur sahaja.

"Jadi saya pun kerjalah churros di pagi hari," katanya.

Sewaktu berusia 14 tahun, lelaki berasal Kuantan, Pahang itu terpaksa berhenti sekolah susulan masalah kewangan yang dihadapi keluarganya.

"Ayah saya kerja kampung, ibu pula ambil upah jaga anak orang," katanya.

Jadi, selepas membuat dua kerja dalam sehari, Wan Othman bersyukur dapat menyara keluarganya terutama adik-adiknya yang masih sekolah.

"Perbelanjaan sekolah sayalah yang bantu. Saya nak bantu mereka sampai habis sekolah.

"Kalau ibu tidak cukup duit pun saya akan tolong. Saya kerja juga tabungan demi masa hadapan nanti," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram