SELEPAS netizen digemparkan mengenai kontroversi isu pelakon, Aliff Aziz ditangkap khalwat, perbualan di antara Bella Astilah dan Ruhainies yang menandakan kemesraan mereka pula kembali dikorek peminat.
Bella Astilah menerusi hantaran di Instagram sebelum ini pernah memuat naik kepingan gambar ketika hari jadi Ruhainies pada 27 Julai tahun lepas.
"Doakan yang terbaik untuk hari lahir awak! Saya harap itu hari yang baik dan dipenuhi dengan kasih sayang, kegembiraan dan sudah tentu, menyeronokkan juga. Selamat hari lahir Ruhainies," tulis Bella.
Gambar yang dimuat naik itu disambut baik oleh Ruhainies dengan komentar berbaur kasih sayang.
"Aww thank you my love," tulis Ruhainies.
Malah, Bella turut memuji Ruhainies atau nama penuh Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas sebagai seorang gadis yang jelita.
"Happy birthday sister, always beauty's," tulis Bella lagi.
Tidak hanya itu, adik Bella, Didi Astillah turut memuat naik video keakraban di antara Bella dan Ruhainies selama ini.
Pada Sabtu, Aliff Aziz dan Ruhainies ditahan atas dakwaan berkhalwat di sebuah kondominium mewah dan sudah dibebaskan dengan jaminan.
Mereka dilaporkan meninggalkan perkarangan pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kira-kira pukul 2 petang.
Kedua-dua selebriti berkenaan bagaimanapun menyifatkan laporan itu tidak tepat dan bakal menjelaskan perkara sebenar dalam masa terdekat, selain memohon maaf kepada peminat masing-masing. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram