USAHAWAN bergelar pempengaruh, Hafiz Mahamad membuat kejutan kepada seorang staf untuk membawanya menunaikan ibadah haji tidak lama lagi.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Hafiz Mahamad meluahkan keterujaan seorang pekerja yang tidak didedahkan namanya selepas mendapat khabar baik itu.
"Gembira sangat dia waktu saya beritahu itu. Sekarang tengah tunggu visa dia lulus, harap ada rezeki dia.
BACA LAGI: Malas gosok gigi? Doktor dedah kuman boleh ikut darah, 'melekat' di jantung
BACA LAGI: Boleh cecah 1,000 kalori, air 'hipster, fancy' antara 5 makanan undang penyakit jantung
Hafiz Mahamad (kanan), Syafiqah Aina (kiri) bersama dua orang anak mereka.
"Tahun lepas saya pergi haji pun visa lulus hujung hujung, insyaAllah ada rezeki dia," katanya.
Tidak hanya itu, Hafiz Mahamad juga bersyukur perniagaannya berjalan lancar sehingga mampu menaikkan gaji empat orang pekerja pada minggu lepas.
"Saya harap perniagaan Ainaa Beauty terus maju dan sentiasa ada dalam doa sahabat-sahabat saya," tulisnya.
Suami kepada Syafiqah Aina itu juga berkata, dia sama sekali tidak akan pernah dengan pekerja.
"Saya nak mereka (pekerja) tahu. Jika ada rezeki ALLAH dalam perniagaan ini.
"Insya-ALLAH. Saya tidak akan pernah berkira-kira kerana inilah apa yang saya nak dari awal dulu," tulisnya.
Sebelum ini, Hafiz Mahamad juga pernah menghantar 120 orang kakitangan termasuk pekerja di Ainaa Beauty bagi menunaikan umrah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram