Konsert dibatalkan 'last minute', Kugiran Masdo pernah jadi busker 'bidan terjun' ubati hati duka lara


  • Hiburan
  • Sabtu, 25 Mei 2024

Kugiran Masdo membuat persembahan di jalanan selepas konsert terpaksa batal last minit.

SEBUT sahaja Kugiran Masdo, pasti ramai mengenali band yang memiliki penampilan ala-ala era 90-an itu.

Nama Kugiran Masdo bukan sahaja dikenali di dalam Malaysia, tetapi di pentas antarabangsa apabila mereka pernah membuat persembahan di China, Singapura, Indonesia dan Amerika Syarikat.

Mana tidaknya, penampilan Kugiran Masdo yang berbeza daripada menyanyi lain beserta kelunakan suara bukan saja penyanyi utama pastinya berjaya memukau hati peminat.

BACA LAGI: IWK respons kontroversi tajuk teater ‘Najis Jadi Teman’, mahu sedarkan masyarakat

BACA LAGI: Tak jaga makan, terlalu sibuk berlatih menari, Mimi Fly dedah pernah koyak otot paha

photo1716440930

Kugiran Masdo membuat persembahan di Singapura.

Meskipun terkenal di kebanyakan tempat, Ali Sariah selaku vokalis kumpulan itu mendedahkan bahawa mereka juga pernah mengalami peristiwa pahit seperti konsert dibatalkan pada saat-saat akhir.

Lebih menyakitkan, mereka sudah pun bergerak ke lokasi persembahan bagi mendendangkan lagu kepada peminat-peminat.

"Kejadian itu di negeri Pantai Timur, kami sampai dah buat sound check tetapi tiba-tiba tidak boleh perform," katanya.

Pintar membuat pendekatan proaktif, Ali berkata, mereka pun bergerak ke lokasi berhampiran untuk membuat persembahan di kawasan awam.

Mereka turut meminjam set daripada kumpulan 'buskers' untuk melepaskan kekecewaan yang tersirat di dalam hati.

"Kami cuma menguar-uarkan 10 minit awal yang kumpulan kami berada di situ bila dapat peluang untuk buat street perfomance yang menjadi tumpuan orang ramai.

"Kami cuba sebaik mungkin nak hiburkan peminat," katanya.

Mengulas mengenai perkembangan semasa, Ali berkata mereka akan mengadakan konsert percuma di tempat letak kereta terbuka, Resort World Awana, Genting Highlands, Pahang pada Sabtu.

"Setakat ini sambutan memang menggalakkan. Full pack," katanya.

Terkenal dengan lagu-lagu jiwang retro, Ali mengakui mengambil ilham daripada kisah sendiri selain pengalaman rakan terdekat.

"Kita tak boleh luah dekat orang jadi ditulislah seperti lagu-lagu Janji Manis dan Bunga.

"Saya mahu move on tetapi dari sisi kreatif saya mahu menggunakan perasaan itu untuk menjadi karya," katanya.

Untuk rekod, Kugiran Masdo dibarisi Ali Sariah selaku vokalis, Azham Ahmad (dram), Asmawi (gitar) dan Chakam (keyboard). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram