Queen, Beatles pencetus Alena Nadia minat 'goreng' gitar


  • Hobi
  • Ahad, 21 Apr 2024

Alena Nadia merupakan gadis muda yang memiliki bakat besar dalam industri muzik tanah air.

AGAK sulit sebenarnya kita menemukan gitaris wanita muda yang mampu membawakan genre folk muzik dengan jayanya.

Gadis muda Alena Nadia kini mulai meningkat naik selepas membentuk sebuah band tempatan, Faye Faire yang ditubuhkan pada 2022.

Tidak hanya pandai bermain gitar, Alena juga pandai bermain alat muzik lain seperti ukulele, piano, bass gitar dan gitar.

Penonton pastinya terpegun melihat gadis muda itu beraksi memainkan alat muzik sambil menyanyikan lagu-lagunya di bawah band Faye Faire.

Faye Faire banyak membuat persembahan seperti di atas pentas acara muzik indie seperti Merdekarya PJ, demo Kepung Demi Palestin, pub lokal dan juga bakal menggegarkan acara Parti Sosialis Malaysia dengan alunan muzik yang mantap pada minggu hadapan.

BACA LAGI: Raya di KL tetap meriah, Erma Fatima hidupkan suasana beraya bersama keluarga

Merdekarya - Credit - AIRA RAHIM

Alena ketika membuat persembahan muzik kepada peminat.

Menceritakan permulaan berkecimpung bermain gitar, Alena berkata, dia mula berjinak-jinak dengan instrumen itu ketika berusia 13 tahun.

Alena mengakui minat bermain gitar selepas melihat gitaris kumpulan klasik rock band Queen, Brian May membuat persembahan ketika The Opening Ceremony of the London Olympics yang ditonton di kaca televisyen pada 2012.

"Saya peminat klasik rock sebab itu saya tahu band Queen, jadi saya pun dapat cetusan inspirasi untuk bermain gitar dari momen itu," katanya kepada Majoriti.

Selain Brian May, Alena juga tertarik dengan persembahan yang dibawakan oleh pemain gitar, Eric Clapton semasa konsert peringatan The Beatles George Harrison pada tahun 2001.

"Orang yang buat saya minat untuk bermain gitar adalah Brian May (Queen) dan George Harrison (Beatles)," katanya.

BACA LAGI: 'Sampai simpan hot pack dalam poket', cuaca buruk musim sejuk buat Sohniya 'kebas' beraksi di New Zealand

Nov 2023 - 3 - credit - Mukhriz Hazim

Kumpulan Faye Faire kini mulai mendapat sambutan peminat tempatan dan luar negara.

Berusaha dengan sendiri, Alena gigih mempelajari gitar menerusi YouTube selain buku-buku cara bermain gitar yang dibelinya.

"Saya boleh bermain gitar dengan pelbagai genre muzik, tidak hanya folk muzik sahaja.

"Kebiasaannya saya lebih suka untuk menulis sesebuah lagu untuk digunakan ketika bermain gitar," katanya.

Berjaya mencipta nama, lagu yang ditulisnya iaitu Siren kini terpilih sebagai lagu pertama di Rakita 107.9 FM selain tercalon dalam Anugerah Lagu Indie 2023.

Selain lagu Siren, banyak lagu-lagu lain seperti You Know Me, ⁠A Home In The Sea, ⁠Wailing Wall dan ⁠Our Girl (Smile Because You Loved Her) yang dicipta.

Gadis berumur 25 tahun itu juga menggunakan bakat bermain piano yang dipelajari menerusi kelas untuk dialunkan dalam gitar.

"Bagi saya, kalau saya nak mainkan sesebuah lagu, saya akan cuba guna piano dahulu dan masukkan ke dalam alunan gitar," katanya.

2024 line-up - credit - Tinagaren Ramkumar

Ahli kumpulan Faye Faire banyak membuat persembahan dalam negara selain menyertai pertandingan seperti Anugerah Lagu Indie.

Bercakap soal folk muzik, Alena berpendapat tidak susah untuk menarik perhatian peminat bagi meluaskan nama dalam industri muzik.

Tetapi, Alena berkata, ramai tersalah anggap yang folk muzik hanya tertumpu kepada gitar akustik sahaja.

"Sebenarnya folk muzik lebih luas lagi, macam dalam band kami, Faye Faire ada juga menggunakan gitar elektrik untuk menjadinya bunyi muzik lebih istimewa," katanya.

Untuk rekod, Faye Faire sebelum ini dianggotai oleh Azim Zain (gitar), Isra Gomez (dram), Alena (vokal/gitar/keyboard) and I-Shan Esther (vokal/gitar/keyboard).

WhatsApp Image 2024-04-20 at 3.10.40 PM

Alena bersama I-Shan yang merupakan ahli kumpulan Faye Faire yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 2023.

Bagaimanapun, seorang anggota kumpulan Faye Faire, I-Shan meninggal dunia pada 2023. Kini band tersebut memiliki dua anggota tambahan iaitu Maira Zamri (gitar bass) and Tanuja Kaur (gitar).

Berhubung perkembangan semasa band itu, Alena berkata, Faye Faire sudah mengeluarkan album pertamanya berjudul In My Mind yang boleh didengari menerusi Spotify dan Apple Music.

Selain itu, muzik Faye Faire juga boleh didapati dalam format fizikal seperti cakera padat (CD) dan kaset yang boleh dibeli daripada Teenage Head Records, KL dan ⁠Dream Project, Ipoh.

Album itu dikeluarkan sebagai penghormatan kepada I-Shan, yang membantu mengubah lagu, bermain gitar dan menjadi vokalis dalam kumpulan Faye Faire.

Tambah menarik, album tersebut juga terpilih untuk diperdengarkan kepada pengunjung sebuah festival muzik di Kuching, Sarawak pada bulan Oktober nanti selain mungkin 'menembusi' pasaran ke Medan, Indonesia pada bulan Julai kelak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram