Raya di KL tetap meriah, Erma Fatima hidupkan suasana beraya bersama keluarga


  • Hiburan
  • Sabtu, 20 Apr 2024

Erma Fatima gembira menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta di rumahnya yang terletak di Kuala Lumpur.

SAMBUTAN Aidilfitri menyaksikan puluhan perantau umat Islam pulang ke kampung halaman bagi merasai suasana hari raya yang cukup bermakna buat mereka.

Pastinya, lebaran lebih indah jika seisi keluarga saling berkumpul di tempat yang sama.

Namun, susulan keadaan kesesakan lalu lintas yang teruk, ramai masyarakat Islam di negara ini cenderung untuk memeriahkan suasana beraya di Kuala Lumpur.

Ditambah situasi semasa pelaksanaan sekatan perjalanan ketika negara berdepan pandemik Covid-19, ramai beraya di rumah masing-masing hingga #teamrayakl cukup trending suatu ketika dulu.

Penerbit dan pengarah, Erma Fatima tidak terkecuali meraikan kedatangan Syawal di ibu negara dengan berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara.

Menurut Erma, hari raya merupakan waktu yang terbaik untuk berkumpul bersama keluarga besar.

"Raya dan bulan Ramadan paling best bila mana kita dapat gathering dengan keluarga," katanya.

Lebih riang, Erma berasa gembira kerana dapat pujuk anak menantunya, Nur Ain Sharif untuk membawa besannya ikut bersama beraya di rumah di ibu negara.

"Menantu saya, Ain berasal dari Johor. Kalau diikutkan tahun ini, Ain beraya di sana, tetapi saya cakap ajaklah mak semua beraya di Kuala Lumpur.

"Jadi menantu saya dengan mak dia semua akan datang ke sini," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: Ikutkan hasrat sebenar, nak ada TV Islamik — Erma Fatima

photo1713336403

Erma Fatima kini sedang sibuk menguruskan karya terbaharu terbitan syarikatnya berjudul Lelaki Itu.

BACA LAGI: 'Sampai simpan hot pack dalam poket', cuaca buruk musim sejuk buat Sohniya 'kebas' beraksi di New Zealand

Tidak hanya itu, ibu kandung kepada Erma Fatima juga tinggal di rumahnya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menjadikan suasana kediamannya bertambah meriah.

"Sepanjang Ramadan kalau saya di rumah memang saya akan masakkan ibu saya. Saya nak pastikan apa yang ibu saya mahu makan dapat ditunaikan," katanya.

Mengulas mengenai perkembangan semasa, Erma kini sedang sibuk menguruskan karya terbaharu terbitan syarikatnya, Lelaki Itu yang mula ditayangkan sejak 19 Mac lalu.

Ini kerana katanya, dia turut terlibat dalam proses suntingan filem tersebut sehingga menyebabkan dirinya terpaksa tidur selepas subuh semasa bulan Ramadan susulan banyak tugasan yang perlu dibuat.

"Sebab apabila saya buat drama tidak akan beri 100 peratus kepercayaan kepada editor. Jadi bila editor sudah edit dan serah kembali kepada saya, saya akan edit semula," katanya.

Naskhah ini dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Datuk Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Fazura, Nabila Huda, Hannah Delisha, Aedy Ashraf dan lain-lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram