SELEPAS bergiat aktif dalam program-program berunsur keagamaan, penerbit dan pengarah, Erma Fatima meluahkan hasrat terpendamnya untuk menubuhkan stesen televisyen Islamik.
Erma Fatima berkata, dia memiliki impian itu sejak sekian lamanya lagi tetapi masih belum mampu untuk menunaikannnya buat masa sekarang.
"Kalau ikutkan hasrat yang sebenar nak ada TV Islamik. Insya-ALLAH semoga ALLAH permudahkan," katanya kepada Majoriti.
Dalam pada itu, Erma turut menyemarakkan bulan Ramadan yang mulia ini dengan memperbanyakkan program berunsur keagamaan.
Antaranya adalah dengan menjalankan Program Taman Tadarus Ramadan di Ribath Fatimah Az Zahra dan juga Rewang Iftar bersama orang-orang tua di Mesra Home, Ampang.
"Saya buat program kerohanian buat untuk popular atau apa-apa. Tidak kira sama ada artis atau tidak saya rasa ini peranan yang harus dilakukan umat Islam sendiri," katanya.
Program Taman Tadarus yang dibuat oleh Erma Fatima
BACA LAGI: [VIDEO] Jualan lemang meningkat 100 peratus lepas buat 'live' di TikTok
Selain itu, Ribath milik Erma Fatima juga menganjurkan program keagamaan pada setiap hari untuk membolehkan seseorang mendalami ilmu agama.
"Memang setiap hari, ada kelas iqra, tadabbur dan kelas agama," katanya.
Bergiat aktif dalam industri, Erma Fatima turut mendedahkan dirinya tidak cukup rehat dan stres menyiapkan projek drama terbaharu terbitan syarikatnya, Lelaki Itu yang mula ditayangkan sejak 19 Mac lalu.
Ini kerana katanya, dia turut terlibat dalam proses suntingan filem tersebut sehingga menyebabkan dirinya terpaksa tidur selepas Subuh sahaja susulan banyak tugasan yang perlu dibuat sepanjang Ramadan.
"Sebab bila saya buat drama tidak akan beri 100% kepercayaan kepada editor. Jadi bila editor sudah edit dan serah ke saya. Saya akan edit semula," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram