PELAKON Beto Kusyairy meluahkan rasa kesal apabila terhadap pihak yang menggunakan namanya untuk mengaut keuntungan di media sosial.
Dalam satu hantaran di laman Facebook, Beto Kusyairy menegaskan bahawa akaun kelab peminat menerusi page @BetoKusyairy FC bukanlah ditubuhkan oleh dirinya atau pentadbir laman Facebook.
"Saja nak beritahu, page BetoKusyairy FC ni bukan aku atau admin aku yang uruskan ya," katanya.
Beto turut menjelaskan sama sekali tidak pernah menubuhkan kelab peminatnya secara rasmi.
"Dan aku takde 'official' Fans Club tau. Takut ada yang keliru dan claim," katanya.
BACA LAGI: Balik kampung beraya, ketahui formula solat qasar dan jamak musafir
BACA LAGI: Aidil Aziz-Fasha Sandha sukakan 'vibe' kampung, betul-betul 'hidup' malam raya
Akaun terbabit juga dilihat bergiat aktif dalam penjualan barangan dengan menggunakan nama seolah-olah kelab peminat dari Beto Kusyairy.
Mengulas lanjut, Beto Kusyairy tidak teragak-agak untuk menghantar surat tuntutan saman jika pihak terbabit meneruskan kegiatannya sebagai respons kepada pertanyaan peminat.
"NaZz Iym aku tengah usha rapat sahaja. Kalau lebih lebih memang sampai surat lawyer sampai," tulis Beto Kusyairy.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bimbang jika Beto bakal dipersalahkan jika terdapat urusan jual beli yang menggunakan namanya.
"Bahaya itu Beto. Nanti dia buat apa-apa content melibatkan duit. Nama Beto yang tercalar. Zaman sekarang apa saja boleh buat duit bukan peduli halal haram," tulis Din Northern Citra.
"Saya tahu itu bukan kelab peminat Beto, sebab banyak link Shopee," tulis Max Lim.
"Itulah salah satu privasi yang hilang bila bergelar artiskan abang? Hanya pantau sahaja abang sebab ada yang bertindak seolah-olah peminat rasmi ini yang suka pergunakan ahli kumpulan itu. Hujung-hujung nanti artis itu pula yang kena. Teruskan berkarya kurangkan kontroversi teruskan aktiviti berbakat lagi abang," tulis Mohd Fuad. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram