[VIDEO] Buaya tembaga seberat 500kg berjaya ditangkap di Merlimau


  • 112
  • Rabu, 17 Apr 2024

Seekor buaya tembaga seberat 500 kg berjaya ditangkap di Pantai Siring, Kampung Pulai, Merlimau, Melaka pada Rabu. — JBPM Melaka

SEKUMPULAN nelayan dan penduduk berjaya menangkap seekor buaya tembaga seberat 500 kilogram (kg) dan sepanjang lima meter di Pantai Siring, Kampung Pulai, Merlimau, Melaka pada Rabu.

Dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, reptilia itu dipercayai berkeliaran berdekatan pantai berkenaan sebelum berjaya ditangkap.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Mohd Suffian Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kehadiran reptilia itu pada pukul 12.06 tengah hari sebelum tujuh anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.

"Setiba pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati benar seekor buaya tembaga sepanjang lima meter berada di pantai.

"Buaya itu ditangkap oleh nelayan dan operasi terkawal," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

BACA LAGI: Gemar rendang tok, Tony Eusoff redah 8 jam perjalanan mahu beraya di kampung rakan di Muar

BACA LAGI: Terlalu lama dalam tandas, Park Bo-ram ditemui tidak bernyawa tepi singki

Tambahnya, pasukan bomba telah berhubung dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berkaitan penangkapan tersebut dan sedang berbincang mengenai pengangkutan bagi membawa haiwan tersebut ke pusat konservasi.

Sebelum ini, tular beberapa video di media sosial berkaitan kejadian itu yang memaparkan sang bedal ditambat menggunakan tali di pesisir pantai dipercayai bagi menunggu tindakan lanjut daripada pihak Perhilitan.

Malah, terdapat juga beberapa klip video menunjukkan haiwan itu berkeliaran berdekatan pantai terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram