SETIAP kali Ramadan menjelma pasti satu kelainan dari sudut pemakanan bakal dibawakan oleh umat Islam sebagai satu juadah istimewa semasa bersahur dan berbuka.
Itu juga berlaku buat Ramadan kali ini apabila kurma yang dimakan bersama mentega asli menjadi juadah pilihan rakyat Malaysia.
Namun, di sebalik kelazatan sesuatu juadah, pasti masyarakat juga mengidamkan pemakanan yang baik dari sudut kesihatan.
Bercakap soal itu, seorang bekas pakar pemakanan, @mardhea_oi menerusi media sosialnya menjelaskan bahawa kurma dan mentega asli mampu membuat seseorang berasa kenyang dalam tempoh agak lama.
"Nak makan kurma bersama mentega, beli mentega asli," katanya.
Malah, Mardea turut bersetuju dengan ulasan pakar kesihatan yang menyatakan bahawa badan manusia memerlukan satu bentuk lemak seperti mentega.
"Badan manusia perlukan satu bentuk fat (lemak) tetapi jangan lebih daripada 10 peratus daripada kalori harian.
"Kita jangan keliru di antara mentega dan marjerin. Mentega dibuat daripada produk tenusu seperti krim dan susu tetapi marjerin pula diperbuat daripada sumber tumbuh-tumbuhan seperti minyak sayur atau minyak haiwan.
"Marjerinlah yang boleh menjadi masalah serangan jantung dan salur darah sempit," katanya.
BACA LAGI: [VIDEO] Nenek meniarap selamatkan cucu nyaris kena patuk ular tedung masuk rumah
Kurma bersama mentega asli menjadi topik pemakanan rakyat Malaysia pada bulan Ramadan kali ini.
BACA LAGI: Diam-diam mematikan, ketahui 5 jenis penyakit silent killer boleh terjadi kepada anda
Sementara itu, seorang pakar nutrisi, Syaza Nutritionist juga menjelaskan bahawa tiada masalah untuk mengambil kurma dengan mentega asli.
“Ada yang kata cara ini bagus untuk mereka yang ada masalah dengan insulin resistance (kerintangan insulin) kerana mentega (sumber lemak) boleh melambatkan sedikit kenaikan paras insulin apabila dipasangkan dengan kurma (karbohidrat). Tetapi betul ke?”
“Ikutkan kurma tu sendiri bukanlah kategori buah-buahan yang tinggi glycemic index, sebab ia sangat tinggi dengan kandungan serat," katanya.
Dalam pada itu, Syaza turut menjelaskan bahawa rata-rata pesakit diabetes boleh mengambil dua hingga tiga biji kurma atau satu sajian mengikut kajian yang telah dibuatnya.
"Pengambilan itu tidak menyebabkan kenaikan gula yang mendadak walaupun selepas dua jam pengambilan," katanya.
Malah, Syaza menganggap pengambilan kurma bersama mentega asli merupakan salah satu menu yang baik diambil untuk menambah kalori dan tenaga jika tidak mahu memakan nasi.
“Jadi kalau nak tambah tenaga? Kalori ekstra? Tapi tak nak makan nasi? Ya, boleh tambah butter atau sumber lemak yang lain cuma janganlah banyak sangat. Setakat hujung-hujung sudu pun dah membantu," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram