'la sama sekali bukan tangkap basah', Ruhainies nafi dakwaan kontroversi bersama Aliff Aziz


  • Hiburan
  • Isnin, 11 Mac 2024

Ruhainies menafikan dakwaan dirinya ditangkap basah bersama Aliff Aziz.

PELAKON, Ruhainies tampil menegaskan kontroversi yang berkait dirinya bersama suami Bella Astillah iaitu Aliff Aziz bukanlah mengenai kejadian tangkap basah seperti diperkatakan ramai.

Dalam satu hantaran di laman Instagram, Ruhainies berkata, segala yang hangat diperkatakan bukanlah kenyataan dari dirinya.

"la sama sekali bukan tangkap basah. Sehingga kini saya masih belum berikan apa apa kenyataan dan segala apa yang dikeluarkan di media bukanlah statement dari sava dan ia tidak tepat," tulisnya.

BACA LAGI: Sampai ada yang meninggal dunia pun tak dibayar gaji, kru filem desak FINAS siasat penyelewengan duit

BACA LAGI: [VIDEO] 'Aww thank you my love', 'wish' Bella Astillah masa hari jadi Ruhainies tahun lepas kembali dikorek peminat

Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, dia berharap tiada lagi artikel yang boleh mengundang provokasi sehingga satu kenyataan rasmi berhubung dakwaan ditangkap khalwat bersama Aliff dikeluarkan.

"Saya mohon media tidak menulis apa-apa yang boleh mengundang provokasi atau fitnah sehingga saya mengeluarkan kenyataan rasmi.

"Saya mohon kerjasama semua pihak supaya lebih berhati-hati dan bertanggungjawab," tulisnya.

Pada Sabtu, Aliff Aziz dan Ruhainies ditahan atas dakwaan berkhalwat di sebuah kondominium mewah dan sudah dibebaskan dengan jaminan.

Mereka dilaporkan meninggalkan perkarangan pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kira-kira pukul 2 petang.

Kedua-dua selebriti berkenaan bagaimanapun menyifatkan laporan itu tidak tepat dan bakal menjelaskan perkara sebenar dalam masa terdekat, selain memohon maaf kepada peminat masing-masing. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram