Kuat minum kopi boleh sebabkan tulang rapuh


  • Sihat
  • Isnin, 04 Mac 2024

Pencinta kopi pasti akan memulakan harinya dengan segelas kopi. — Gambar Hiasan

AROMA biji kopi yang harum sememangnya mampu membangkitkan semangat seseorang di pagi hari.

Bagi mereka yang bekerja di pejabat, pasti kopi menjadi pilihan untuk meningkatkan fokus dan menambah tenaga sewaktu bekerja.

Tidak hanya mampu menambat hati golongan dewasa, segelintir pelajar juga memilih untuk membancuh secawan kopi sebelum memulakan langkah ke kelas.

Malah, segelintir orang mungkin berasa harinya tidak lengkap jika belum menikmati secawan kopi sehingga memilih untuk mengambil kopi setiap hari.

Coffee lover kebiasaannya sanggup menghabiskan sebahagian duit yang ada demi segelas kopi berjenama mewah.

Namun, ramai tidak menyedari bahawa pengambilan kopi yang overdose mampu mengundang masalah kepada tubuh badan seseorang.

Menurut ahli psikologis klinikal, Dr Rizal Abu Bakar, minuman kopi berlebihan boleh menyebabkan Osteoporosis atau lebih dikenali sebagai penyakit tulang rapuh.

"Osteoporosis adalah penyakit apabila tisu tulang menipis, kurang padat, ringan, mudah rapuh dan mudah patah," katanya.

BACA LAGI: 'Saya jadi sangat defensif terhadap adik,' Amira Othman tak suka Irfan jadi buah mulut orang mengata

pria-minum-kopi

Segelintir orang gemar mengambil kopi sebelum memulakan kerja untuk memberi tenaga kepada tubuh badan. — Gambar Hiasan

Menurut kajian Journal of Bone & Mineral Research (2020), kerap mengambil kafein seiring dengan peningkatan usia boleh menyebabkan pengurangan kandungan mineral di dalam tulang.

Seseorang yang mengalami osteoporosis akan mudah mengalami kecederaan seperti tulang belakang patah, pinggul patah, pergelangan tangan patah dan tulang lengan patah.

Dalam sesetengah kes osteoporosis yang teruk, batuk atau bersin berulang kali juga boleh menyebabkan keretakan pada tulang rusuk atau tulang belakang.

Ini menyebabkan seseorang lebih terdedah kepada risiko bahaya yang lebih tinggi meskipun hanya berlaku kemalangan ringan kepada dirinya.

"Seseorang yang kerap meminum kopi mungkin akan mudah mengalami masalah mudah terjatuh, terpeleot dan tersembam," katanya.

BACA LAGI: Heidi Moru idam mahu melaram baju rekaan budak UiTM di pentas akhir Anugerah Lagu Indie 2023

pngtree-happy-couple-having-cup-of-coffee-cheerful-fun-pretty-photo-image_29254032

Pencinta kopi kebiasaannya tidak kisah menghabiskan duit demi segelas kopi berjenama mewah. — Gambar Hiasan

Selain kopi, kerap mengambil minuman lain seperti teh atau air bergas juga meletakkan seseorang kepada risiko yang lebih tinggi untuk terkena Osteoporosis.

Oleh itu, Dr Rizal menitipkan nasihat agar masyarakat mengehadkan pengambilan minuman berkafein bagi mengelak terjadinya masalah kesihatan.

"Banyakkan senaman. Dedahkan diri kepada cahaya pagi sekurang-kurangnya 10 minit," katanya.

Dalam pada itu, seseorang yang kerap meminum kopi perlulah memperbanyakkan minum air masak.

"Jika minum kopi, sulam dengan air putih, sebagai contoh satu cawan kopi perlu disulami dengan 2 cawan air putih," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram