SEORANG pembantu stesen pam minyak jelita di bandar Bonito de Santa Fé, Paraíba, Brazil maut selepas ditembak bekas kekasihnya ketika sedang bertugas pada Ahad lepas.
Video insiden tersebut turut dirakam oleh kamera keselamatan di premis pam minyak berkenaan.
Polis tempatan melaporkan, suspek utama pernah menjalin hubungan bersama mangsa selama tiga bulan sebelum ini.
BACA LAGI : Mat Pakistan tunggang motor tanpa lesen, cari gaduh lepas langgar perempuan di Bangi
Difahamkan, lelaki itu tidak dapat menerima keputusan wanita tersebut yang memutuskan hubungan mereka sekali gus menjadi punca pembunuhan berkenaan.
Berdasarkan klip kejadian ngeri terbabit, mangsa yang dikenali sebagai Raissa Raiara dilihat sedang bekerja di stesen pam minyak bersama seorang lagi petugas.
Bagaimanapun, suspek kemudiannya dilihat datang dengan menaiki motosikal dan berpura-pura untuk mengisi sambil membawa sebuah plastik putih.
Sebaik turun dari motosikalnya, lelaki berkenaan kemudiannya menghampiri wanita terbabit sebelum mengeluarkan pistol daripada plastik dibawa dan menembak mangsa sehingga mati.
Mangsa yang maut ditembak dikenali sebagai Raissa Raiara.
Akibat daripada kejadian itu, rakan sekerja mangsa turut lari menyelamatkan diri.
Suspek kemudiannya terus menaiki motosikal meninggalkan lokasi.
Berdasarkan rakaman CCTV, mangsa juga tidak menyedari kehadiran suspek sebelum ditembak.
Dalam pada itu, dilaporkan bahawa siasatan masih sedang dijalankan dengan pihak polis kini sedang memburu lelaki berkenaan yang dipercayai sudah melarikan akibat insiden berkenaan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram