Pakai set golf wanita, wang hampir RM15,000 kena curi antara masam manis Rusli bergelar bintang golf negara


  • Hobi
  • Ahad, 03 Mac 2024

Muhammad Rusli merupakan seorang bekas pemain golf negara, selain menjadi profesional golf coaching sejak awal 90-an.

SETIAP pemain negara pasti memiliki kisah tersendiri dimana tercatatnya sejarah istimewa yang sukar dilupakan.

Begitu juga seorang bekas pemain golf negara, Muhammad Rusli Johari yang mengalami peristiwa tidak terduga ketika berada di perlawanan golf India PGA Chamionship di New Delhi, India.

Bercakap soal itu, Rusli mendedahkan pengalamannya terpaksa menggunakan set golf wanita kerana peralatan miliknya tertinggal semasa transit di lapangan terbang.

"Semua barang tertinggal di Singapura waktu tukar flight. Jadi hari pertama perlawanan itu saya tiada golf set sampaikan terpaksa pinjam orang punya golf set.

"Nasib baik hari kedua saya ada masa untuk pergi ke lapangan terbang Singapura. Saya pun ambil semula bagasi dan golf set saya untuk digunakan pada hari kedua perlawanan," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: Baru keluar wad terus melatih, masalah kesihatan tak patah semangat Rusli Johari cungkil bakat muda golf

WhatsApp Image 2024-03-02 at 10.23.34 PM

Rusli Johari (kiri) bersama rakan yang lain ketika perlawanan sukan golf.

BACA LAGI: [VIDEO] Suhu sejuk ekstrem jadi cabaran 13 pendaki tawan gunung bersalji, Island Peak

Meskipun memiliki pengalaman yang mencuit hati, Rusli gembira kerana hampir memenangi perlawanan itu.

"Finish top 7th, seingat saya waktu itu menang wang tunai AS$13,000 (RM61,691), banyak pemain luar negara waktu itu, pemain Eropah pun ada," katanya.

Bukan hanya itu, Rusli mendedahkan sering mengalami tragedi malang di luar negara apabila hotel yang didiami kerap dipecah masuk semasa pergi ke perlawanan golf.

"Seingat saya dalam sekitar AS$3,000 (RM14,236) pernah hilang.

"Banyak kali juga, di Indonesia pernah, di India pun pernah, kadang-kadang berkongsi bilik dengan kawan, balik-balik tengok duit dah hilang," katanya.

Lebih memilukan, Rusli turut mengakui tiada sebarang tindakan yang diambil pihak hotel apabila aduan mengenai hal itu dibuat dan wangnya tetap lesap begitu sahaja.

Meskipun banyak pengalaman yang terjadi sepanjang menabur bakti kepada negara, bekas pemain golf negara itu tetap berpendirian teguh dan cekal untuk melahirkan lebih ramai bakat muda dalam sukan golf.

Untuk rekod, lebih daripada 15 orang pelatih muda berjaya menjadi pemain profesional dalam sukan golf.

Rusli turut menitipkan kata-kata bukan para pelatih muda yang berminat menceburi sukan golf.

"Jangan pernah putus asa," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram