Bakal nikahi ahli perniagaan, Shakilla Koriri letih kena urus banyak benda


  • Hiburan
  • Sabtu, 24 Feb 2024

Shakilla Khoriri dikhabarkan bakal melangsungkan majlis pernikahan pada Sabtu.

PELAKON, Shakilla Khoriri dikhabarkan bakal menamatkan statusnya sebagai ibu tunggal dengan melangsungkan majlis pernikahan pada Sabtu.

Shakilla dipercayai bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang jejaka bergelar duda anak satu yang juga merupakan ahli perniagaan.

Memetik laporan media, Shakilla atau nama sebenar Nurul Shakillah Abdul Khoriri, 34, akan melangsungkan majlis pernikahan itu secara tertutup.

Walaubagaimanapun, Shakilla belum lagi mendedahkan perkara itu di media sosialnya.

BACA LAGI: 'Kanser bukan tiket untuk mati', pesakit usus tahap 4 tak mudah putus asa, tanam dua impian kembali pulih

553

Shakilla memiliki seorang anak, Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.

Sementara itu, di Instagram (IG) Shakilla tidak memberi banyak hint mengenai tentang perkahwinan, kecuali luahan rasa penat yang dikongsikan dengan pengikutnya.

"Korang, 'penat' kirim salam! Letih betul akhir-akhir ini, menguruskan banyak benda," tulisnya dalam hantaran terbaharu.

Untuk rekod, Shakilla sebelum ini pernah berkahwin pada 18 Februari 2018 dengan seorang penyampai radio, Fizi Ali.

Tidak memiliki jodoh yang panjang, mereka berpisah pada Disember 2021 disebabkan isu dalaman rumah tangga yang tidak mahu didedahkan.

Perkahwinannya terdahulu diserikan dengan kehadiran cahaya mata, Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram