PENYANYI legenda popular, Datuk Jamal Abdillah berasakan penggantinya yang bertanding dalam Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) mampu membuat yang terbaik berbanding dirinya.
Ini berikutan bersetujuan FMC Music dan pencipta lagu Ku Cuma, Ezra Kong untuk memberi kepercayaan kepada penyanyi Afieq Shazwan sebagai pengganti Jamal dalam AJL38.
"Afieq Shazwan memang artis yang berbakat, mungkin lebih baik daripada saya jika nyanyikan lagu Ku Cuma," katanya kepada Majoriti.
BACA LAGI: Jerawat batu juga bisul, ketahui jenis dan cara rawatan
Jamal Abdillah memberi sepenuh kepercayaan buat Afieq Shazwan sebagai penggantinya dalam AJL38.
Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Haji Mohd Ali turut mendoakan kejayaan Afieq dan pasangan duetnya, Wany Hasrita dalam AJL38.
"Saya ada harapan tinggi untuk mereka berdua, bagi saya mereka berdua artis muda yang ada kebolehan.
"Saya doakan Afieq dan Wani Hasrita buat yang terbaik dan bersungguh-sungguh agar mendapat kejayaan," katanya.
Baru-baru ini, syarikat rakaman FMC Music mengesahkan penyanyi, Datuk Jamal Abdillah menarik diri daripada bertanding di AJL38.
Difahamkan, penyanyi senior itu terpaksa menarik diri daripada turut sama bertanding kerana terikat dengan komitmen lain yang sudah dipersetujui lebih awal.
Dalam pada itu, seniman yang dirindui peminat itu turut mengulas soal perkembangan semasanya.
"Saya sekarang sedang ada banyak undangan macam konsert, undangan private company dan projek terbaharu saya adalah single bersama Naim Daniel berjudul Urat," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram