BANYAK penyakit yang boleh meninggalkan parut di tubuh badan seseorang seperti penyakit bisul.
Bisul adalah benjolan yang memedihkan dan bernanah pada kulit yang secara umumnya akan menyebabkan seseorang berasa tidak selesa dan gatal.
Punca bisul selalunya berlaku disebabkan jangkitan bakteria yang dikenali sebagai staphylococcal.
Bisul boleh terkena pada bahagian tubuh badan seperti muka, leher, ketiak, punggung dan paha.
Terdapat tiga jenis bisul yang kebiasaannya dialami seseorang yang berkemungkinan mendatangkan komplikasi lebih teruk termasuklah keracunan dalam darah (septisemia).
BACA LAGI: Rasa 'sayang' boleh buat anda keracunan ubat
Furunkel terbentuk disebabkan oleh jangkitan bakteria pada kawasan folikel rambut dan juga tisu di sekitarnya.
Bisul Furunkel
Bisul jenis furunkel terbentuk disebabkan oleh jangkitan bakteria pada kawasan folikel rambut dan juga tisu di sekitarnya.
Furunkel lebih kerap menyerang kawasan rambut tetapi juga boleh berlaku di kawasan tubuh badan yang memiliki bulu.
Ini termasuklah di kawasan ketiak, punggung, leher, muka dan paha.
Apabila folikel rambut ini dijangkiti bakteria, ia akan mengalami keradangan sehingga menyebabkan sedikit benjolan berwarna merah dan bernanah.
Saiz bisul yang besar akan menyebabkan seseorang berasa sakit yang berlarutan sehinggalah bisul itu pecah dan mengeluarkan lendiran.
Sista Pilondial
Bisul jenis sista pilondial kebiasaannya timbul berhampiran tulang sulbi di atas celahan punggung.
Sista pilondial terjadi akibat pembentukan folikel rambut yang kecil sehingga mendorong terjadinya masalah jangkitan pada kulit.
Keadaan ini boleh menyebabkan penghidapnya berasa tidak selesa terutama ketika hendak duduk.
Bisul jenis ini boleh dirawat dengan membuat torehan kecil bagi mengeluarkan nanah ataupun dibuang melalui pembedahan.
BACA LAGI: Pujian rakan beri ilham, kaktus dan sukulen jadi terapi Norliyana
Cystic acne juga merupakan salah satu jenis bisul.
Jerawat Batu
Sesetengah orang mungkin tidak mengetahui bahawa cystic acne atau lebih dikenali sebagai jerawat batu adalah sejenis bisul.
Jerawat batu kerap berlaku pada remaja, wanita dan orang dewasa yang memiliki ketidakseimbangan hormon.
Proses pembentukan jerawat batu muncul di muka apabila saluran minyak di bawah kulit tersumbat ataupun dijangkiti yang menyebabkan tisu di kawasan kulit mengalami perubahan serta merta.
Terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh diamalkan seseorang bagi memulihkan penyakit bisul.
Seseorang yang terkena bisul tidak digalakkan untuk memicitnya dengan sengaja kerana perkara ini akan menyebabkan menyebarak bakteria semakin luas.
Ini kerana, dengan memicit bisul akan membolehkan kuman di dalamnya berisiko meresap ke bahagian yang lebih dalam lagi.
Banyak perawatan bisul yang boleh dibuat di rumah jika bisul yang dialami hanyalah berbentuk kecil.
1. Sabun antibakteria
Bersihkan kawasan kulit yang berbisul dengan sabun antibakteria kerana ia boleh membantu mengurangkan risiko perkembangan jangkitan
2. Kompres panas
Cara bagi merawat bisul adalah dengan meletakkan tuala lembap yang telah dipanaskan pada bisul selama 20 minit beberapa kali sehari.
Ini membantu merangsang aliran darah ke kawasan tersebut dan mempercepatkan proses penyembuhan
3. Pengambilan antibiotik topikal
Seseorang yang terkena bisul boleh mencari krim atau salap antibiotik yang terdapat di farmasi bagi melegakan penyakit bisul.
4. Daun teh
Daun teh mempunyai tannin yang boleh membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan.
Rendam uncang teh dalam air suam, kemudian letakkan uncang teh tersebut pada bisul anda. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram