Empat tahun jodoh dicari tak ketemu, Amira Othman akhirnya terbuka ciri calon suami


  • Hiburan
  • Sabtu, 03 Feb 2024

Amira Othman kini mendedahkan ciri-ciri lelaki idaman yang mampu membuatnya terpesona.

PENYANYI pujaan ramai, Amira Othman akhirnya mendedahkan ciri-ciri lelaki idamannya sebagai persediaan bertemu jodoh untuk melangkah ke alam perkahwinan selepas memasang cita-cita itu empat tahun lepas.

Sebelum ini, Amira Othman pernah memasang niat untuk bernikah pada usia 27 tetapi dia masih belum menemui pasangan hidup sehingga tahun ini.

Bekas penyanyi program Akademi Fantasia musim ke-10 itu tampil menyenaraikan dua ciri-ciri lelaki yang berkemungkinan mampu memikat hatinya.

Katanya, dia mahu suami yang bertanggungjawab dan sabar untuk menuju alam perkahwinan yang bahagia hingga ke Jannah.

"Saya minat lelaki yang sabar kerana kalau kita tanya pun tiada orang mahu pilih lelaki yang baran.

"Perempuan ini dia ada emosi tersendiri, bayangkan kalau saya tengah emosi tiba-tiba lelaki itu marah, dah jadi susah," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: Miliki perut boroi? Amalkan 7 menu sarapan ini bantu kempiskan perut

photo1706782771 (2)

Amira Othman mengidamkan pasangan yang sabar dan bertanggungjawab.

Melihat cara ayahnya melayan isteri turut menjadi alasan wanita jelita itu mengidamkan pasangan hidup yang sabar.

"Saya tengok bapa saya sangatlah sabar, bila ada pasangan macam itu kita senang nak toleransi apabila ada masalah.

"Saya sendiri pun tengah nak perbaiki diri supaya menjadi lebih sabar. Apabila saya dan pasangan kedua-duanya jenis yang sabar tak jadi serabut dekat situ dan akan segala masalah mudah diselesaikan dengan baik," katan penyanyi berusia 31 tahun itu.

Ditanya tentang perkembangan terbaharu kariernya, penyanyi bersuara vokal itu bakal mengubati rindu peminat dengan mengeluarkan lagu terbaharunya berjudul Sampan Mimpi.

Amira Othman sebelum ini terkenal dengan lagu berjudul Jaga-Jaga, Hati-Hati, Tragedi, Sesaat Untukku, Mimpi Indah dan Biar Masa.

Amira berkata, lagu Sampan Mimpi mengisahkan soal perjalanan hidup seorang anak yatim piatu yang terpaksa menumpang kasih dari rumah kebajikan.

"Anak yatim itu sama sekali tidak pernah bertemu dengan ibu bapanya dan hanya mampu bermimpi untuk dapatkan kasih sayang ibu ayah," katanya.

photo1706782771

Amira Johari kini mengeluarkan lagu terbaharu berjudul Sampan Mimpi.

Memiliki kisah tersirat, karya itu ditulis oleh Amir Jahari selepas menghadiri program bersama anak yatim piatu dengan cuba merasai sendiri kepahitan hidup bergelar yatim piatu.

Mengulas lanjut, lagu itu dijudulkan sebagai Sampan Mimpi untuk menunjukkan bahawa setiap orang memiliki perjalanan hidup dengan berbeza-beza.

"Ada orang perjalanan hidup dia beruntung dapat naik kereta, ada orang dia terpaksa kayuh sampan. Rezeki setiap orang tidak sama," kata Amira.

BACA LAGI: [VIDEO] Jadi pengganti Tyzo, Chiwan Chilok sedia dikecam

Di samping fokus terhadap lagu terbaharunya, Amira juga aktif menghasilkan cover lagu di TikTok.

"Saya dah lama tak buat cover lagu, jadi tak sangka bila cover lagu orang, tontonan saya jadi mencanak naik.

"Sejujurnya, Amira lebih sukakan lagu jenis galau, sebab Amira teringin nak hasilkan lagu macam adik Amira, Irfan Haris buat yang berjudul Redha itu.

"Insya-ALLAH, satu hari nanti akan hasilkan juga lagu jenis ini," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram