'It's okay to say no', Teh Firdaus belajar pentingkan work-life balance walaupun sudah terkenal


Teh Firdaus kini menjadi pereka fesyen pilihan ramai dalam dan luar negara.

BUSANA sentuhan magis Muhammad Firdaus Awang Teh sememangnya mampu memukau ramai pelanggan dalam dan luar negara.

Nama Firdaus atau lebih dikenali sebagai Teh Firdaus kini popular di Singapura dan Brunei selepas koleksi busana pengantinnya menarik perhatian ramai.

Sebelum ini, Teh Firdaus juga terpilih untuk menjadi pereka baju bagi pelakon, Mira Filzah, Janna Nick, Elisya Sandha dan juga isteri Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah, Anisha Rosnah.

Menurutnya yang kini berusia 33 tahun, banyak aspek yang dititikberatkan untuk menjadikan rekaannya terlihat sempurna di mata pelanggan.

Firdaus berkata, dia sangat mementingkan hasil kerja yang kemas dan potongan yang bersesuaian bagi setiap busana yang dicipta khas.

"Semua yang datang sini sebab sukakan signature rekaan yang clean look, minimal dan elegan," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: Cemas kawan kena serangan jantung ketika bersukan? Pakar kongsi simptom dan ketahui bantuan awal

photo1707223558

Dayang Anisha yang mengenakan busana pengantin rekaan Teh Firdaus. — Instagram Teh Firdaus

Memiliki peribadi yang disenangi ramai, lelaki berkenaan sentiasa bersikap humble (merendah diri) terhadap semua orang meskipun dia sudah menjadi pereka fesyen terkenal.

"Saya sentiasa ingat kata-kata keluarga untuk selalu merendah diri, ingat asal usul, semua tu saya pegang dekat diri sendiri," katanya.

Lelaki berasal daripada Pendang, Kedah ini mendedahkan memiliki minat yang mendalam untuk melukis sejak berumur 10 tahun lagi.

"Waktu itu, saya memang minat melukis.. Ibu dan kakak saya pula suka menjahit yang menyebabkan saya ada asas dalam bidang perekaan baju," katanya.

Rekaan fesyen sebati dalam darahnya, Firdaus mendapat ilham menghasilkan busana menerusi internet seperti laman Pinterest, Instagram selain majalah.

"Saya cari ilham dahulu dan cuba jadikan rekaan saya bersifat estetik dan unik.

"Biasanya harga busana pengantin saya bermula RM5,000 untuk nikah dan untuk majlis resepsi perkahwinan bermula harga RM6,500.

"Ikut juga bajet pelanggan itu berapa dan penambahan yang pelanggan inginkan sebab busana saya memang dicipta khas," katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Daiyan Trisha teruja bekerjasama dengan Airbnb, budayakan industri pelancongan

photo1707136659

Antara rekaan yang dicipta khas oleh Teh Firdaus. — Instagram Teh Firdaus

Bercakap soal cabaran perniagaan, Firdaus mendedahkan dahulu menjadi norma hidupnya untuk tidak tidur berhari-hari demi menyiapkan busana indah pengantin yang ditempah pelanggan.

"Waktu itu, saya tak reti untuk sesuaikan berapa tempahan yang boleh diambil sehingga terlalu banyak tempahan.. Tambahan pula nak kejar tarikh pelanggan ambil baju dengan staf yang tak cukup.

"Terpaksa ambil pekerja sambilan untuk siapkan juga tempahan pelanggan yang sudah diambil," katanya.

Kini, dia mengatur strategi bersama pekerja-pekerjanya untuk memperoleh keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan.

"It's okay to say no kepada pelanggan kalau rasa tempahan untuk bulan itu sudah terlalu banyak.

"Kalau dulu saya tiada work-life balance, sekarang kalau sudah balik kerja terus rehat, esok pula fikir pasal kerja sebab saya rasa sekarang memang perlu keseimbang hidup itu," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram