[VIDEO] Daiyan Trisha teruja bekerjasama dengan Airbnb, budayakan industri pelancongan


  • Bizz
  • Isnin, 05 Feb 2024

Airbnb menjadi platform pilihan Daiyan Trisha untuk mencipta kenangan terindah bersama orang tersayang.

AIRBNB memilih untuk berganding bersama pelakon popular, Daiyan Trisha bagi membudayakan pelancongan domestik yang selamat dan bertanggungjawab di Malaysia.

Ketua Dasar Awam untuk Airbnb di Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan, Mich Goh berkata, Airbnb komited untuk menyokong semua komuniti hos di Malaysia untuk membolehkan lebih ramai pelancong mendapatkan penginapan yang luar biasa di negara ini.

"Airbnb memiliki satu pasukan sokongan komuniti global yang menawarkan perkhidmatan 24 jam setiap hari," katanya.

BACA LAGI: Cemas kawan kena serangan jantung ketika bersukan? Pakar kongsi simptom dan ketahui bantuan awal

Processed with VSCO with c1 preset

Daiyan Trisha bekerjasama bersama Airbnb.

Mementingkan aspek keselamatan, setiap tempahan di Airbnb akan disertakan dengan perlindungan AirCover untuk hos dan tetamu secara percuma.

"AirCover untuk hos menyediakan perlindungan menyeluruh untuk hos, manakala AirCover untuk tetamu menyediakan sokongan kepada tetamu bagi masalah-masalah serius yang berkaitan dengan tempahan atau penginapan.

"Bersama-sama dengan Daiyan, kami berharap dapat mewujudkan tingkah laku tetamu yang bertanggungjawab bagi memastikan pelancongan terus memperoleh pengalaman yang positif," katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Hasrat dua-dua nak pulang kerja terbantut, pembantu jurutera maut Yamaha R15 rempuh Viva sampai terbalik di Melaka

Selain itu, Daiyan Trisha turut meluahkan rasa terujanya dapat bekerjasama bersama Airbnb bagi menjadikan pelancongan lebih menyeronokkan buat pengunjung.

"Airbnb merupakan salah satu platform kegemaran saya untuk mencipta kenangan terindah bersama orang tersayang.

"Selain menawarkan pelbagai penginapan yang unik dan tersendiri, menginap di Airbnb adalah cara saya untuk meneroka kawasan itu dan menghayati kehidupan tempatan," katanya.

Menerusi rakaman video di laman Instagram, Daiyan Trisha berkongsi tentang kepentingan pelancongan yang selamat dan berhemah dan mempamerkan cara untuk memanfaatkan penginapan Airbnb dengan sebaiknya.

Untuk rekod, pada 2023, hampir 60 peratus daripada responden yang ditinjau menunjukkan minat terhadap penggunaan Airbnb.

Dengan bermulanya awal tahun 2024, Airbnb menggalakkan rakyat Malaysia untuk melancong secara bertanggungjawab dan menganggap rumah hos seperti rumah mereka sendiri.

Di Malaysia, Airbnb bakal melancarkan kit sokongan bangunan strata untuk hos, termasuk kod tatakelakuan pertama industri untuk short-term rental accommodation (STRA).

Kini, Airbnb menawarkan talian sokongan kejiranan dalam Bahasa Melayu yang membolehkan ahli komuniti melaporkan isu-isu yang mendesak tentang penyenaraian yang berdekatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram