Niqab dengan mekap berlebihan demi konten sampai lelaki ghairah boleh jatuh hukum haram — Mufti


  • Mukmin
  • Jumaat, 02 Feb 2024

Tujuan memakai niqab adalah untuk mengelakkan fitnah tetapi apa guna jika memakai niqab tetapi dalam keadaan menggoda. — Gambar Hiasan

NIQAB dengan tujuan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram adalah ditegah dalam Islam, kata pakar agama.

Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata sedemikian untuk menjelaskan isu tular di media sosial mengenai segelintir wanita yang menggunakan niqab untuk menonjolkan kecantikan mata kepada ajnabi.

Sebelum ini, dalam hantaran di laman X, seorang pengguna @anina_faris meluahkan rasa sedihnya melihat segelintir wanita menyalahgunakan niqab untuk menarik perhatian ramai.

"Jika dulu niqab dipakai dengan tujuan menutup muka, sekarang niqab dipakai untuk menonjolkan mata.

"Sebahagiannya menjadikan dakwah sebagai alasan, namun hakikatnya perbuatan mereka hanya membuatkan lelaki tergoda dan terpukau dengan kecantikan mata dan pakaian mereka," tulisnya.

BACA LAGI: Miliki perut boroi? Amalkan 7 menu sarapan ini bantu kempiskan perut

WhatsApp Image 2024-02-01 at 1.55.59 PM

Memakai niqab dengan niat yang betul sangat penting buat seseorang wanita. — Gambar Hiasan

Bercakap soal ini, Datuk Yahya berkata, hukum memakai niqab atau purdah itu bergantung kepada niat yang dipegang oleh seseorang.

"Niqab dengan sempurna dan niat yang betul memang digalakkan, tetapi kalau berniqab dengan tujuan menonjolkan kecantikan atau fesyen semata-mata dilarang dalam agama," katanya kepada Majoriti.

Datuk Yahya berkata, seseorang wanita perlulah mengingati semula tujuan sebenar pemakaian niqab mengikut syariat agama.

"Niqab itu seharusnya dipakai sebagai pelengkap untuk menjadikan pemakaian sempurna. Kalau guna niqab untuk konten supaya ramai tertarik dah lari daripada syariat Islam," katanya.

Dalam pada itu, Datuk Yahya berharap agar wanita yang berhias lebih peka terhadap batas-batas yang dibenarkan syarak.

"Kalau wanita itu bermekap yang keterlaluan sehingga timbul keghairahan lelaki yang bukan mahram maka boleh jatuh haram," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram