MEMILIKI perut yang buncit sememangnya menjadi satu masalah kerana ia mampu mempengaruhi penampilan seseorang.
Tetapi sebenarnya, masalah perut boroi ini boleh diatasi dengan cara pengambilan sarapan pagi yang betul tanpa perlu bersenam dengan kerap.
Sesetengah orang suka mengambil remeh soal sarapan pagi dengan memberi alasan tiada masa terluang.
Menurut beberapa kajian, orang yang mementingkan sarapan pagi kebiasaannya memiliki bentuk tubuh badan yang lebih langsing berbanding orang yang jarang bersarapan.
Terdapat beberapa makanan yang sesuai untuk diambil ketika sarapan pagi seperti:
1. Telur
Telur kebiasaannya menjadi menu sarapan pagi buat seseorang yang sedang mengamalkan diet.
Hal ini kerana, telur mengandungi protein tinggi yang mampu membuatkan tubuh badan seseorang berasa kenyang dalam tempoh yang lama.
Satu kajian mendedahkan bahawa pengambilan telur untuk sarapan pagi boleh mengurangkan berat badan sehingga 65 peratus.
Pisang merupakan salah satu buah yang baik dimakan ketika sarapan pagi.
2. Pisang
Buah pisang merupakan makanan yang mengandungi rendah kalori dan tinggi serat.
Dua perkara ini menjadikan ia pilihan yang baik untuk dimasukkan ke dalam diet and bagi mengurangkan berat badan.
Serat di dalam buah ini juga membantu mempertingkat keberkesanan sistem penghadaman
Buah beri mampu mengempiskan perut seseorang kerana mengandungi kalori yang rendah.
3. Buah Beri
Sama seperti pisang, buah beri kaya akan serat yang dapat mengenyangkan seseorang.
Buah beri sesuai untuk orang yang ingin mengempiskan perut kerana kandungan kalorinya yang rendah.
Bukan hanya itu, buah beri juga baik untuk kesihatan tubuh badan kerana mampu mencegah risiko penyakit darah tinggi dan kanser.
Ini kerana buah ini mengandung antioksidan, seperti flavonoid dan antosianin yang boleh membantu meredakan keradangan dalam tubuh.
Ramai orang memilih roti disalut mentega kacang sebagai menu sarapan harian.
4. Roti dan Mentega Kacang
Roti kaya dengan serat yang membantu melancarkan sistem pencernaan seseorang.
Mentega kacang pula mengandungi kalium yang berfungsi untuk membantu menjadikan aliran darah lebih stabil.
Roti disalut mentega kacang bukan sahaja enak dimakan tetapi juga baik untuk tubuh badan seseorang.
5. Oat
Oat adalah di antara makanan yang paling berkhasiat untuk sarapan pagi anda.
Hal ini kerana, oat mampu mengurangkan paras kolesterol dan tekanan darah tinggi.
Ia juga mengandungi serat yang membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan.
Serat yang terdapat dalam kandungan oat mampu mencegah masalah ketidakselesaan perut seperti sembelit dan buasir.
Pengambilannya ketika sarapan pagi merupakan salah satu cara untuk kurus dengan mudah kerana seseorang mampu berasa kenyang dalam jangka masa yang panjang.
Pengambilan yogurt sangat baik untuk tubuh badan seseorang
6. Yogurt
Yogurt terutama greek yogurt merupakan makanan yang sesuai untuk dijadikan sarapan.
Greek yogurt yang kaya dengan protein bukan hanya menjadikan tubuh badan lebih bertenaga, tetapi juga membuatkan perut berasa kenyang dalam tempoh yang lama.
Kiwi merupakan salah satu buah-buahan yang sesuai untuk dinikmati ketika sarapan.
7. Kiwi
Rasa kiwi yang manis dan warna isinya yang segar kehijauan membuatkan buah kecil berbulu halus ini menjadi buah pilihan ramai.
Pengambilan buah kiwi secara berterusan dapat melindungi tubuh daripada penyakit kerana ia kaya dengan vitamin, mineral dan anti-oksidan.
Buah kiwi juga mengandungi Vitamin C yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan imuniti badan, selain mengandungi jumlah potasium yang sama dengan sebiji pisang.
Menurut laporan Medical Daily, pesakit darah tinggi yang makan buah kiwi setiap hari mampu menurunkan tekanan darah mereka. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram